CEO J. Crew Bakal Mengundurkan Diri

CEO lagenda J. Crew, Mickey Drexler dikhabarkan semalam akan meletakkan jawatan tidak lama lagi. Beliau amat terkenal di dunia bisnes fesyen, terutamanya di Amerika Syarikat akan kebolehan beliau memberi nafas segar kepada jenama bernyawa-nyawa ikan. Antara jenama yang “hidup kembali” di bawah arahan Mickey ialah J. Crew dan GAP. Beliau telah berjaya memutarkan jenama GAP dari brand menjual denim secara kecil-kecilan hingga menjadikan ia sebagai jenama yang pasti wujud di setiap pusat beli-belah besar di seantero dunia! Ketika di J. Crew, Mickey pernah dibuang kerja oleh jenama itu pada tahun 2002 tetapi diambil semula sebagai CEO sekali gus menambat kedudukan J. Crew dalam dunia fesyen pantas dari hanya penjual pakaian berunsur preppy kepada sebuah retailing powerhouse!
Mickey mengumumkan berita mengejutkan itu kepada majalah WWD semalam. Keputusan itu dibuat hanya beberapa bulan selepas Jenna Lyons, pengarah kreatif dan presiden jenama tersebut meletakkan jawatan. Mengikut WWD, rancangan tersebut telah dibicarakan selama lebih setahun sebelum. Mickey bakal mengundur diri secara rasmi pada pertengahan bulan July dan akan diganti oleh presiden semasa West Elm, James Brett.

Langkah ini membuat ramai tertanya-tanya akan masa hadapan J. Crew. Jualan telah merundum bagi dua tahun lepas dan syarikat itu juga telah meraih kerugian besar, tambahan itu, lebih 150 dibuang kerja pada bulan April. Sehubungan dengan itu, berbagai-bagai jenama taraf sama seperti Bebe dan American Apparel telah lingkup dimakan zaman. Jenama gergasi seperti H&M dan Zara yang mempunyai pengguna atas talian yang ramai menjadi jenama go-to bagi para penggemar fesyen dan pembeli millinneal kini.
Namun demikian, Mickey akan terus menjadi pengerusi board syarikat yang disegani rakyat Amerika Syarikat itu. Beliau juga mempunyai 10% saham syarikat tersebut.
Artikel Berkaitan
test instagram
Diari Deko – Katalog IKEA Baharu 2020
YB Nurul Izzah Rasmi Pelancaran Aplikasi TEMPAH, Platfrom Di...
Kelibat Kereta Hitam Di Kawasan Kemalangan. Benarkah Kematia...
Anak Lelaki Najib Razak Bertunang Dengan Ahli Politik Muda I...
Cipta Sejarah! Neelofa Wanita Berhijab Pertama Bintangi Kemp...
LUST NIGHT membawakan koleksi terbaru daripada Saint Laurent
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
