Ekstrak Edelweiss Di Wardah Crystal Secret - Glam Malaysia

Ekstrak Edelweiss Di Wardah Crystal Secret

Melalui proses penyelidikan teliti, Wardah Beauty memperkenalkan rangkaian set penjagaan kulit dengan dua kali ekstrak bunga Edelweiss menerusi Wardah Crystal Secret.

Wardah Beauty peneraju jenama kecantikan yang berkonsepkan Halal-beauty berasal dari Indonesia kini tampil dengan rangkaian produk penjagaan kulit baharu, Wardah Crystal Secret. Melalui kerjasama antara pakar penganalisa Indonesia dan pakar analisa bertaraf dunia dari Switzerland, akhirnya menemui solusi terbaik dalam menawan setiap masalah kulit wanita Asia. Wardah Crystal Secret hadir dengan formulasi lebih berkesan dengan bahan aktif yang lebih efektif, tekstur yang selesa serta cepat meresap untuk hasil kulit yang tampak sihat, cerah dan bercahaya bak kristal.

Kandungan utama dalam Wardah Crystal Secret telah melalui proses penyelidikan dan pembangunan yang amat teliti. Rangkaian ini menawarkan dua kali ganda dengan menggunakan ekstrak bunga Edelweiss yang diambil dari kawasan Pegunungan Alpen Swiss. Dari prosess pemilihan benih, penuaian, sehingga proses mengekstrak, semuanya dipastikan dengan teliti oleh pakar yang terpilih.

See also
5 Toner Untuk Kulit Kering Terbaik Agar Kulit Lebih Berseri

Wardah Crystal Secret juga mengandung bahan aktif pencerah kulit terbaik Alpha Arbutin yang berkesan untuk menyamarkan noda hitam pada wajah, dan memberikan tona kulit yang lebih sekata. Bahan ini hanya diperolehi daripada pembekal professional bertaraf dunia yang berpengalaman tinggi, selain memastikan kualiti dan keberkesanannya melalui uji kaji yang teliti.

 

Pengunaan ekstrak dua kali ganda ini menyempurnakan kulit wajah hingga ke setiap lapisan. Sesuai untuk semua jenis kulit. Edelweiss juga disebut sebagai ” Survival Star” yang merujuk kepada kekuatannya yang tidak terbatas untuk tumbuh dan terus hidup dalam iklim  yang punya radiasi Ultraviolet tinggi. Diperkaya dengan antioksidan dan zat perlindungan yang tinggi, ekstrak bunga Edelweiss juga bukan hanya mencerahkan kulit malah menyerikan kulit dari dalam.

Dalam membangunkan industri Halal-Beauty, Wardah menerapkan piawaian tinggi yang memberi  fokus kepada penelitian, inovasi dan kemajuan teknologi. Rangkaian produk Wardah Crystal Secret sudahpun berada di pasaran dan berada dalam talian di Wardah Official Store di Shopee, Watson dan Guardian di seluruh negara.

See also
Ini Rahsia Untuk Dapatkan Kulit Flawless & Berseri

Artikel berkaitan Head-To-Toe Rutin Kecantikan Abadi