fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
GLAM Sejenak Bersama: Khadija Meor
Rosé BLACKPINK Tampil Anggun Di Paris Fashion Week Musim Bunga/ Panas 2025
Tip Mudah Jaga Mata Harus Anda Amalkan
Rahsia Kulit Lembap 72 Jam
Kekal GLAM Dengan Produk Kecantikan Terkini Sempena Raya Aidilfitri
Home > Cantik > Ritual Tangan GLAM: Rahsia Kulit Halus, Cerah & Terjaga Sepanjang Hari

Ritual Tangan GLAM: Rahsia Kulit Halus, Cerah & Terjaga Sepanjang Hari

Dalam dunia kecantikan moden, tangan sering menjadi ‘indicator’ tentang bagaimana seseorang menjaga diri. Ia sentiasa terdedah, sentiasa bekerja, namun sering kali menjadi bahagian yang paling terabai. Di era beauty conscious seperti sekarang, penjagaan tangan bukan lagi sekadar rutin tambahan tetapi satu rutin kecantikan yang tidak wajar diabaikan

GLAM mengangkat seni penjagaan tangan sebagai satu pengalaman sensorial yang mewah, bermula dari tekstur, aroma hingga hasil akhir pada kulit.

Langkah Pertama: Rawat, Cerahkan dan Perbaiki Tona Kulit

 

Untuk kulit tangan yang mula menunjukkan tanda keletihan, tompok gelap atau tona tidak sekata, apa yang anda wajib ada sebenarnya adalah serum tangan seperti Aesop Solais Replenishing Hand Serum.

Ia hadir sebagai tambahan baharu dalam dunia penjagaan tangan yang lebih advanced. Formulanya diperkaya dengan Dandelion Root, Niacinamide dan LHA yang bekerja secara efektif untuk membantu menyasarkan hiperpigmentasi, sekaligus menjadikan kulit tangan tampak lebih cerah dan sekata.

Teksturnya yang ringan menjadikannya mudah menyerap tanpa rasa melekit, sesuai untuk digunakan sepanjang hari. Lebih istimewa, gabungan essential oils di dalamnya memberikan aroma floral, citrus dan herba yang halus, menjadikan setiap sapuan terasa seperti ritual spa peribadi yang ringkas tetapi mewah.

Langkah Kedua: Kunci Kelembapan dengan balm tangan

Selepas serum, lapisan hidrasi menjadi sentuhan penutup yang menyempurnakan ritual penjagaan ini bagi mengunci kelembapan agar tangan kekal lembut, anjal dan terlindung sepanjang hari. Di sinilah Aesop Resurrection Aromatique Hand Balm memainkan peranannya sebagai ikon penjagaan tangan moden, menawarkan hidrasi mendalam tanpa rasa melekit pada kulit.

Diperkaya dengan Sweet Almond Oil dan Macadamia Nut Oil, formulanya membantu melembapkan tangan dan juga kutikula kuku, menghasilkan permukaan kulit yang lebih licin, halus dan tampak sihat. Dengan formulasi yang ringan dan mudah menyerap, ia sesuai untuk kegunaan harian, praktikal untuk dibawa ke mana sahaja dan mudah untuk digunakan secara berulang kali.

Ritual Tangan sebagai Gaya Hidup

Penjagaan tangan bukan lagi sekadar tentang kelembapan, tetapi tentang bagaimana kita menghargai diri dalam momen kecil yang konsisten. Dari serum yang memperbaiki tona kulit hingga balm yang memelihara kelembutan, setiap langkah adalah pelaburan dalam estetika diri yang lebih rapi dan berkelas.

Kerana dalam dunia GLAM, kecantikan itu bukan hanya pada wajah tetapi juga pada tangan yang menceritakan bagaimana kita menjaga diri dengan penuh kesedaran dan gaya

Artikel berkaitan: 5 Salon Blow Dry Terbaik Di KL & Selangor Pilihan GLAM