fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Alami Wajah Berseri Dengan Decorte
Produk Penjagaan Kulit Sesuai Untuk Skinimalism
Hourglass Menamakan Gracie Abrams Sebagai Rakan Jenama Global Baharu
Rawat Bintik Gelap
Mengejar Kulit Kekal Muda
Home > Cantik > 5 Salon Blow Dry Terbaik Di KL & Selangor Pilihan GLAM

5 Salon Blow Dry Terbaik Di KL & Selangor Pilihan GLAM

Blow dry bukan sekadar proses mengeringkan rambut basah ia adalah rahsia di sebalik rambut yang nampak penuh volume, . GLAM telah menyenaraikan 5 pilihan salon blow dry terbaik sekitar KL dan Selangor yang wajib anda tahu.

Blow dry (atau hair blow) ialah proses mengeringkan rambut basah menggunakan alat pengering rambut dan disisir rapi untuk penggayaan yang sempurna. Teknik salon ini sangat popular dalam dunia salon kecantikan rambut. GLAM bariskan 5 salon Blow Dry Terbaik untuk 2026.

1. COCOdry ,Malaysia’s First Blow Dry Bar

Lokasi : Bangsar, Platinum Park, Publika Mall, Isetan KLCC

Kalau ada satu nama yang sinonim dengan blow dry di Malaysia, itu adalah COCOdry. Malaysia’s first blow dry bar ini telah menjadi destinasi utama bagi mereka yang mahukan transformasi rambut yang pantas dan fabulous tanpa perlu potong atau warna. Lahir daripada visi seorang wanita yang mahu mencipta ruang yang berakar kepada pemberdayaan wanita, komuniti, dan kelestarian alam, COCOdry menggunakan hanya produk semula jadi yang telah diuji sendiri dan peralatan premium seperti GHD dan Dyson. Yang paling istimewa? Terdapat bilik peribadi khas untuk sahabat berhijab kerana gaya yang sempurna adalah hak semua orang. Perkhidmatan mereka merangkumi blow dry, rawatan detoks kulit kepala, dan terapi bahan semula jadi yang menjadikan rambut anda bukan sahaja cantik di luar tetapi sihat dari dalam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by COCOdry (@cocodry.co)

2. Walking On Sunshine, Oasis Rambut Bergaya di Mont Kiara

Lokasi : Sunway 163 Mall, Mont Kiara, Kuala Lumpur

Walking On Sunshine adalah destinasi kecantikan dan gaya hidup terbesar di Mont Kiara, dengan rekaan dalaman yang terinspirasi daripada alam semula jadi yang kontemporari penuh dengan tanaman hijau dan bunga-bungaan yang menenangkan jiwa. Blow dry di sini adalah pengalaman yang berbeza dengan iringan muzik yang lembut dari pembesar suara Bose premium mengalun di udara, sementara pengering rambut Dyson yang senyap memastikan pengalaman blow dry yang santai tanpa gangguan bunyi. Dengan lebih 4,200 ulasan Google dan rating yang memukau, salun ini juga terkenal dengan signature head spa Korea mereka yang sempurna sebagai add-on sebelum sesi blow dry anda. Walk-in dialu-alukan, namun tempahan awal sangat disyorkan terutama pada hujung minggu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jaclyn Lim (@floweeryy)

3. Aube International Hair Salon, Sentuhan Jepun Di Tengah Bangsar

Lokasi : Jalan Telawi, Bangsar, Kuala Lumpur

Untuk mereka yang mendambakan ketelitian dan kesempurnaan gaya Jepun, Aube International Hair Salon adalah pilihan yang tidak perlu dipersoalkan lagi dengan lebih 250 cawangan di Jepun dan 15 cawangan di peringkat antarabangsa, kumpulan Aube Hair menjadikan impian kecantikan pelanggan satu kenyataan dengan peralatan terkini dan teknik yang digilap sempurna. Semua rawatan dan bahan yang digunakan diimport terus dari Jepun, memastikan pelanggan boleh menikmati perkhidmatan berkualiti tinggi seperti yang ditawarkan di Jepun sendiri. Blow dry di Aube bukan sekadar mengeringkan rambut ia adalah pengalaman styling yang penuh konsultasi profesional, meninggalkan anda dengan rambut yang voluminous, licin, dan berseri.

4. Number76 Hair Salon, Catch The Wave, Tokyo Style

Lokasi :Bangsar, Gardens Mall, Publika, Lot10, Kuala Lumpur

Diasaskan oleh Daisuke Hamaguchi di Tokyo pada 2001, Number76 membawa semangat gaya Jepun ke Malaysia setelah pengasasnya jatuh cinta dengan multikulturalisme dan sensibiliti fesyen negara ini. Blow dry di Number76 adalah sesuatu yang tersendiri untuk wash dan blow sahaja, harga bermula dari RM40, dan setiap sesi hadir dengan teh hijau hangat dan biskut sebagai teman setia. Dengan cawangan di lokasi-lokasi premium seperti Gardens Mall, Bangsar, dan Lot 10, Number76 membuktikan bahawa gaya Jepun yang tulen kini tidak perlu dicari jauh-jauh. Stylists mereka berpengalaman tinggi dan sentiasa mengikuti trend terkini dari Tokyo.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Number76® Hair Salon (@number_76)

5. Le Classic Hair Studio, Premium, Polished

Lokasi: The Starling PJ, Empire Subang, Pavilion KL, Sunway Velocity, Mont Kiara

Untuk mereka yang mahukan pengalaman salun premium yang boleh dicapai dengan mudah, Le Classic Hair Studio hadir dengan lebih 11 cawangan di seluruh KL dan Selangor, menawarkan perkhidmatan blow dry yang digabungkan dengan kepakaran dalam perm, rawatan keratin, rebonding, dan teknik Aqua Mist Color. Suasana dalam salun yang tenang dan menyambut, lengkap dengan bilik VIP yang direka elegan untuk mereka yang menginginkan privasi dan pengalaman eksklusif, menjadikan setiap kunjungan terasa seperti sesi pampering yang benar-benar bermakna. Le Classic juga dikenali dengan Signature Air Wave Perm dan pengetahuan mendalam dalam rawatan rambut yang disesuaikan dengan keperluan pelanggan.

Artikel berkaitan 5 Hairstylist Mahir ‘Butterfly Cut’ Pilihan GLAM 2026

https://www.instagram.com/leclassic.hair.studio/reel/DJJu7GKzYti/