Do's & Don'ts Untuk Tampil Lebih Bergaya Pada Tahun Baru Cina

Do’s & Don’ts Untuk Tampil Lebih Bergaya Pada Tahun Baru Cina

Setiap tahun untuk perayaan Tahun Baru Cina, perkara penting yang anda harus utamakan ialah untuk kelihatan cantik dan bergaya. 

Tahun Baru Cina adalah salah satu perayaan terbesar di Malaysia. Sama ada anda menghabiskan percutian di rumah bersama keluarga tersayang atau meraikan tradisi perayaan yang terdapat pelbagai adat resam dan etika Tahun Baharu Cina.

Tidak lupa juga, anda tidak akan terlepas untuk menggayakan fesyen pilihan anda. Lagipun, ia telah diterapkan sejak muda bahawa kita perlu mengamalkan ‘dressed to the nines’ kerana ia melambangkan permulaan baru di tahun baru dan nombor sembilan telah dikaitkan dengan kesempurnaan dan kecemerlangan dalam pelbagai budaya.

Do’s & Don’ts Untuk Tampil Lebih Bergaya Pada Tahun Baru Cina

Berikut adalah perkara-perkara yang patut dilakukan dan dielakkan untuk tampil lebih bergaya pada Tahun Baru Cina.

Do’s

Foto: Khoon Hooi

Anda boleh memilih untuk menggayakan satu daripada trend terkini semasa sambutan Tahun Baru Cina. Salah satu daripadanya ialah reka bentuk lengan pakaian yang mengandungi embellishment, puff atau cutouts. Pereka fesyen lebih memberi perhatian kepada lengan daripada butiran yang terperinci di bahagian kolar atau dada.

Foto: Khoon Hooi

Selain pakaian berwarna merah yang begitu sinonim dengan perayaan Tahun Baru Cina, anda juga boleh menggayakan pakaian berwarna cerah seperti pink. Pink merupakan warna yang sedang trending dalam dunia fesyen pada masa ini. Pakaian berwarna cerah melambangkan kebahagiaan dan kemakmuran.

See also
Resipi Mudah Untuk Meraikan Tahun Baharu Cina

Don’ts

Anda perlu mengelakkan untuk memakai pakaian Tahun Baru Cina dengan warna yang sama dari atas ke bawah kerana ia boleh dianggap “mengganggu”. Walaupun pink mungkin menjadi trend, anda dinasihatkan untuk bersederhana dalam penggunaannya. Sebagai contoh, anda perlu mengelakkan memakai pakaian pink dari atas ke bawah. Termasuk pakaian pink, beg pink, dan kasut tumit pink.

 

Anda juga dinasihati untuk tidak memakai pakaian yang telalu bersahaja. Apabila memakai pakaian, penting untuk anda mempertimbangkan suasana. Terutamanya semasa Tahun Baru Cina, di mana anda perlu menunjukkan penghormatan kepada ahli keluarga dan orang tua. Ketika melawat ahli keluarga yang lebih tua, anda dinasihati untuk tidak memakai pakaian yang mencolok mata kerana ia tidak mencerminkan nilai-nilai dan tradisi perayaan Tahun Baru Cina.