Ini 5 Pantang Larang Sempena Tahun Baru Cina Perlu Anda Tahu
Tahun Baru Cina bakal menjelang beberapa hari lagi. Pasti ramai yang tidak sabar untuk meraikan perayaan ini, namun tahukah anda bahawa ada 5 pantang larang sempena tahun baru cina yang perlu anda patuhi supaya perayaan menjadi lebih ong?
Seperti yang anda sedia maklum, Tahun Baru Cina pada tahun ini jatuh pada 10 Februari 2024. Nombor 10 itu sendiri dalam masyarakat Cina bermaksud kesempurnaan atau dikatakan rezeki. Kesempurnaan dan rezeki sangat dipentingkan oleh masyarakat Cina lagi-lagi apabila berbicara tentang perniagaan.
Selain itu apa yang menarik tentang Tahun Baru Cina tahun ini adalah ia merupakan sambutan tahun naga! Pada mereka yang lahir pada zodiak ini dikatakan mereka dilimpahkan nasib yang baik, kekuatan dan kesihatan yang baik. Haiwan naga ini juga dianggap sebagai satu haiwan yang kuat dan berkuasa dalam tamadun Cina.
Semestinya masyarakat Cina akan menyambut perayaan ini dengan meriah dengan percikan warna dekorasi, percikan bunga api dan mercun serta baju dilengkapi busana yang lawa digayakan dengan penuh ong! Namun sedarkah anda bahawa kita juga perlu berhati-hati tentang pantang larang menjelang Tahun Baru Cina ini? Banyak ilmu dan teladan yang perlu diprakktikan semasa kunjung-mengunjung sesama keluarga serta rakan agar kita lagi-lagi yang bukan berbangsa Cina tidak tersalah dan seterusnya berkelakuan kurang sopan kepada tuan rumah dan keluarganya. Mari GLAM kongsikan kepada semua pembaca antara pantang larang yang kita tidak boleh lakukan sempena Tahun Baru Cina.
Mari kita Ambil Tahu 5 Patang Larang Sempena Tahun Baru Cina!
#1. Menyapu Rumah Dan Mencuci

Pantang larang wajib yang diamalkan oleh setiap rumah ialah semua ahli keluarga masyarakat Cina adalah dilarang untuk menyapu sampah ketika waktu perayaan terutama sekali pada hari pertama. Hal ini demikian oleh, menyapu dan membersihkan rumah membawa nasib yang tidak baik. Tindakan ini juga dipercayai akan membuang tuah dah memburukkan nasib. Digalakkan juga untuk melakukan aktiviti pembersihan pada hari sebelum menjelangnya Tahun Baru Cina.
#2. Jangan Pakai Putih atau Hitam

Di samping itu, pantang larang yang lain ialah dilarang memakai warna hitam atau putih. Warna-warna ini dipercayai membawa kepada berkabung dan dianggap tidak baik untuk dipakaI pada hari peryaan yang disambut secara suka-ria dan gembira seperti Tahun Baru Cina.
#3. Mencuci Rambut dan Memotong Kuku

Pada hari pertama menjelang Tahun Baru Cina adalah dilarang untuk memotong kuku dan mencuci rambut. Ini disebabkan perbuatan ini dipercai akan menghilangkan tuah yang datang. Keberuntungan amat dititikberatkan dalam masyarakat Cina dan dengan mencuci rambut dipercayai ibarat mencuci keberuntungan yang ada. Oleh sebab demikian, digalakan untuk menotong kuku dan mencuci rambut sebelum menyambut perayaan.
#4. Makan Ubat

Memakan sebarang ubat atau jamu pada hari pertama Tahu Baru Cina dipercai bahawa si pemakan itu akan jatuh sakit selama setahun. Kesihatan yang baik amat penting bagi kebelansungan hidup dan mati adalah perkara yang malang yang kaum Cina ingin hindari. Oleh itu, selepas Tahun Baru Cina sesiapa yang menghidap penyakit digalakkan memecahkan periuk ubat dengan harapan tiada penyakit yang akan datang pada tahun demikian.
#5. Mencuci Pakaian

Akhir sekali yang anda semua tak tahu, dilarang untuk mencuci pakaian pada hari pertama dan kedua Hari Raya Tahun Baru Cina. Membasuh pakaian dianggap sebagai permulaan yang tidak baik dan dikatakan menyinggung perasaan Dewi Air iaitu Shuishen mereka kerana pada hari yang dilarang membasuh pakaian itu merupakan ulang tahun kelahirnanya
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
