Related Stories
Sorotan Terhangat Coachella 2026 Yang Mencuri Tumpuan Dunia
Festival muzik terkenal dunia, Coachella Valley Music and Arts Festival kembali menghangatkan padang pasir California dengan barisan persembahan hebat, gaya fesyen festival yang berani serta momen yang mencuri perhatian peminat di seluruh dunia.
Setiap tahun, Coachella muncul sebagai pentas global yang menggabungkan hiburan, fesyen dan budaya pop dalam satu pengalaman yang penuh energi. Tahun ini, suasana festival itu sekali lagi dipenuhi dengan kehadiran selebriti antarabangsa yang mencuri tumpuan, sama ada melalui gaya fesyen festival yang unik mahupun kemunculan mengejut di sekitar kawasan acara. Dari barisan persembahan ikonik hinggalah kehadiran artis terkenal, setiap penampilan mereka pantas mencuri tumpuan peminat di seluruh dunia. GLAM singkapkan sorotan terhangat Coachella 2026 yang mendominasi perbualan dunia hiburan dan fesyen global.
Ini Detik Ikonik Coachella 2026 Yang Mendominasi Pentas Dunia!
1. Duet nostalgia, Justin Bieber dan childhood self di pentas Bieberchella

Salah satu momen paling menyentuh di Coachella 2026 tahun ini hadir menerusi persembahan penuh emosi oleh Justin Bieber apabila beliau “berduet” secara simbolik dengan versi dirinya ketika kecil. Seiring dengan set design yang ringkas dan intim, persembahan tersebut seolah-olah membawa penonton menyusuri kembali masa lampau bersama dirinya. Lagu-lagu ikonik seperti Baby, Favorite Girl dan That Should Be Me kembali dihidupkan dengan penuh emosi. Momen tersebut bukan sahaja mengundang sorakan peminat, malah turut menyentuh hati ramai yang menyaksikan perjalanan evolusi seorang ikon muzik moden. Hailey Bieber turut hadir memberikan sokongan kepada Justin sekaligus menambahkan lagi aura sentimental pada persembahan penuh nostalgia tersebut.
2. Aura pop glamor Sabrina Carpenter di Sabrinawood

Sabrina Carpenter turut tampil dengan persembahan penuh bertenaga serta gaya fesyen yang memukau sekaligus memancarkan aura pop star yang semakin menyerlah di pentas antarabangsa. Sebagai salah seorang headliner untuk Coachella 2026, bintang pop itu membuka Weekend One di Indio, California dengan mengubah pentas utama menjadi set mewah berinspirasikan Hollywood, lengkap dengan latar belakang Hollywood Hills, runway panjang ala “Walk of Fame” serta sentuhan fesyen glamor berunsur retro. Didandankan oleh custom made Christian Dior, keseluruhan konsep tersebut jelas memberi penghormatan kepada era Old Hollywood.
3. Karol G cipta sejarah menjadi Latina pertama headliner di Coachella 2026

Karol G mengukir sejarah apabila beliau muncul sebagai artis Latina pertama yang menjadi headliner di Coachella edisi 2026, sekali gus menandakan satu pencapaian penting dalam industri muzik global. Persembahannya yang penuh tenaga dan sarat emosi mempamerkan kekuatan muzik Latin di pentas antarabangsa, dengan susunan set yang menggabungkan elemen budaya, visual dramatik serta lagu-lagu hit. Kemunculan bersejarah ini diraikan sebagai detik penting dalam representasi artis wanita Latin di pentas muzik dunia.
4. Giveon dan Kehlani berganding dalam persembahan istimewa ‘Folded’

Di Coachella 2026, Giveon dan Kehlani mencipta momen penuh emosi apabila bergabung dalam persembahan istimewa lagu Folded. Kolaborasi ini menyerlahkan keserasian vokal Giveon yang soulful bersama Kehlani yang lembut tetapi penuh ekspresi. Lantas, ia menghasilkan interpretasi lagu yang lebih intim dan menyentuh perasaan. Persembahan tersebut disambut dengan sorakan peminat, apabila magis kedua-dua artis dalam dunia R&B moden bergabung.
5. KATSEYE x HUNTR/X gegarkan Coachella 2026

KATSEYE turut mencipta momen ikonik bersama persembahan pertama live lagu terbaru mereka Pinky Up, lengkap dengan sentuhan kreatif daripada jurusolek Sophia Sinot yang memperkukuh keseluruhan konsep visual mereka di pentas. Walaupun salah seorang ahli, Manon, tidak dapat menyertai persembahan di pentas, beliau tetap hadir memberikan sokongan kepada rakan kumpulannya. Lebih mengejutkan, KATSEYE juga membawa kumpulan penyanyi HUNTR/X naik ke pentas untuk gandingan lagu Golden. Persembahan mengejut daripada 2 girl groups itu mencipta momen yang tidak dijangka di pentas Coachella.
Artikel berkaitan: Solekan Sabrina Carpenter di Coachella 2026 Kini Tular!
Artikel Berkaitan
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pasangan Makin Dingin? Ini Cara Hangatkan Hubungan Semula
Pilihan Bacaan Seterusnya
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
