Manifesto Fesyen: Revolusi MOST GLAM - Glam Malaysia
Manifesto Fesyen: Revolusi MOST GLAM

Manifesto Fesyen: Revolusi MOST GLAM

Siapakah wanita paling GLAM?

Ini merupakan kali ketiga saya mengendalikan isu dan penggambaran lembaran Most GLAM. Dan setiap tahun kami memilih tema dan konsep yang berbeza-beza untuk menyenaraikan sepuluh wanita yang selayaknya bergelar Most GLAM. Khas tahun ini, sidang editorial memilih tema ‘Fashion Superstar’. Buat kelompok yang membesar dengan majalah GLAM, pasti menyedari bahawa pilihan Most GLAM yang sekarang kelihatan agak berbeza berbanding tahun-tahun terdahulu.

MOST GLAM 2022

Seringnya, orang-orang kenamaan, kerabat diraja, ahli perniagaan, datin-datin muda atau sosialit dan jarang-jarang sekali selebriti yang dipilih untuk senarai Most GLAM. Sekadar menyebut, Datin Nadia Mustaffa, Elyna Effendi, Raja Endon Mastura, Stefanie Chai dan ramai lagi. Namun, hari ini ia ternyata sudah berbeza. Bukan apa, time has change. Faces need to be changed too.

Melihat pada selok-belok perniagaan dan pemasaran fesyen hari ini, ia terbukti telah mengubah ‘audience’ yang disasarkan. Individu yang dianggap bergaya mahupun popular juga berubah. Generasi sekarang membesar dengan melihat kejayaan dan pencapaian pada digital influencers kebanyakannya. Apa jua kejayaan yang dikongsikan mereka menjadi tatapan dan perbincangan. Hari-hari membelek Instagram dan TikTok, lantas telah membentuk tanggapan mereka mengenai siapakah yang bergaya, berjaya dan berpengaruh. Selebriti sekarang punya platform sendiri. Mereka boleh mengawal dan mereka sendiri platform tersebut berlandaskan matlamat dan tujuan masing-masing. Dan kebanyakannya memiliki matlamat untuk memasarkan nama dan produk yang tersendiri. Terkadang, berlumba-lumba untuk menjadi siapa paling berpengaruh.

MOST GLAM 2021

MOST GLAM 2021: Shalma Ainaa

Perkembangan fesyen sememangnya tidak lari daripada pengaruh persekitaran selain menjadi arus yang sering berputar mengikut selera jenama fesyen dan si pemakai. Tambahan lagi, lebih agresif sekarang yang mana kita boleh lihat pemakaian yang mempunyai pengaruh semasa mula menjadi ikutan di serata platform digital. Beg, kasut dan produk kecantikan yang mereka pakai dan terima menjadi perhatian. Dan secara tak langsung, membentuk pandangan kita tentang stail. Sebab ini, peminat-peminat fesyen akan meniru gaya selebriti atau influencer kesayangan mereka. Pengarah media tradisional makin kurang berkesan.

MOST GLAM 2021

MOST GLAM & GLAM LELAKI ALPHAMEN 2021

Oleh itu, jangan ada yang mengkritik apabila melihat senarai Most GLAM tahun ini. Hanya kerana mereka golongan selebriti sepenuh masa (half of them is a businesswoman) dan bukan seperti senarai-senarai yang terdahulu. Kerana apa, merekalah the faces of now. Wajah yang menjadi buruan klien. Whether you like it or not. 

Artikel berkaitan: Lihat Gaya Santai Zahirah MacWilson Pilihan GLAM

See also
Nabil Mahir & Ayda Jebat Batal Majlis Resepsi