Related Stories
Nicki Minaj Cerus Kontroversi, Bakal Buat Persembahan di Arab Saudi
Oh no! Sekali lagi, penyanyi rap wanita popular Nicki Minaj mencetuskan kontroversi apabila menerima undangan untuk membuat persembahan di Arab Saudi bersempena Jeddah World Festival, yang akan berlangsung di Stadium Sukan Raja Abdullah. Ramai yang mengecam tindakan menjemputnya menjadi barisan hadapan penghibur untuk festival tersebut berikutan dengan fesyen dan gaya provokatif yang sering memaparkan imej seksi dalam kebanyakan lagu dan video muziknya, antaranya seperti Anaconda, Super Bass serta Starships. Tidak kurang juga dek bait-bait lagunya yang seringkali berunsur lucah.

Namunpun begitu, menurut penganjur, walaupun Nicki Minaj menjadi tumpuan utama di Jeddah World Fest pada 18 Julai, konsert itu dikhabarkan akan diselaraskan dengan undang-undang Arab Saudi iaitu bebas alkohol dan dadah serta terbuka kepada orang ramai berusia 16 tahun ke atas sahaja.

Nicki Minaj pernah mengenakan hijab dalam salah satu pengambaran muka depan majalah Elle sekitar 2017. (Foto: Elle Magazine)
But still, berita penyertaan Minaj dalam festival itu turut mendapat pelbagai reaksi di media sosial dengan ramai yang menyatakan rasa terkejut, kritikan serta kekecewaan terhadap tindakan kerajaan Arab Saudi itu yang sepatutnya menegakkan kesucian agama Islam.

Sebelum ini, kerajaan Arab Saudi pernah membawa persembahan artis antarabangsa seperti Mariah Carey, Enrique Iglesias, Black Eyed Peas, Sean Paul, DJ David Guetta dan Tiesto. Antara artis lain yang turut membuat persembahan itu nanti ialah artis British, Liam Payne dan DJ Amerika Steve Aoki. Sama-sama kita nantikan perkembangan kisah ini. (Sumber: Awani)
Artikel Berkaitan
G-Dragon & Jacob & Co. Hidupkan Fenomena Baru Dengan...
Mia Goth Bangkitkan Semula Fesyen Gothic Melalui 5 ‘Franke...
Jacob Elordi Curi Tumpuan Dunia Dalam Kempen Cartier Arahan ...
Pereka Fesyen Giorgio Armani Meninggal Dunia, Tinggal Legasi...
Segala yang Anda Perlu Tahu Mengenai Met Gala 2025
Trend Musim Luruh/Sejuk 2024 Yang Anda Perlu Tahu
Jennie BLACKPINK Tampil Tanpa Seluar di Pertunjukan Chanel M...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
