Nelissa Hilman SS23, "Bertahun Saya Mencari Wanita Nelissa Hilman." - Glam Malaysia
“Selama Bertahun-Tahun, Saya Membayangkan Wanita Nelissa Hilman," Nelissa Hilman.

Nelissa Hilman SS23, “Bertahun Saya Mencari Wanita Nelissa Hilman.”

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

NELISSA HILMAN KINI BERINOVASI MENGHADIRKAN KOLEKSI PAKAIAN SELEPAS SEPULUH TAHUN MEMBINA JENAMA. RAGAM KEINDAHAN SILUET DRESS FEMININ DIBERI SENTUHAN MODEN OLEH PEREKANYA UNTUK MEMBERIKAN IMPRESI KEKINIAN.

SS23 Nelissa Hilman

Nelissa Hilman musim bunga/panas 2023 diipentaskan pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur tahun lalu. Koleksi kapsul pakaian wanita Nelissa Hilman yang pertama meraikan satu dekad keberadaan untuk jenama tersebut. Koleksi kapsul pakaian wanita SS23 menawarkan elevansi kepada gaya asas yang moden kerana rekaan yang terkandung memiliki siluet yang bersih dan tidak kompleks dalam ton warna neutral-gaya harian yang berkualiti seperti kemeja dan seluar-yang disuntik sentuhan segar dengan tambahan jahitan berlipat dan tidak terjangka. 

Segar dan muda menjadi dua kata kunci yang mendefinisikan koleksi terbaru Nelissa Hilman. Mengusung unsur feminin dan penuh elegansi, elemen distingtif dari rangkaian kemeja kerja mahupun celana formal dari koleksi ini adalah pemanfaatan material yang selesa lagi berkualiti. 

SS23 Nelissa Hilman

“Selama bertahun-tahun, saya telah membayangkan wanita Nelissa Hilman-dia mahukan pakaian yang mencerminkan keperibadiannya dan membuatkan dia berasa seperti dirinya sendiri-seorang yang kreatif, rajin dan berfikiran terbuka-tetapi tidak pernah mengorbankan praktikaliti-dan kami telah melalui perjalanan yang panjang untuk berusaha ke arah visi ini.”

See also
Lady Gaga Goes Classy Untuk Koleksi Tiffany HardWear

Pakaian seragam moden ke pejabat untuk tahun 2023…

Koleksi ini adalah satu penghargaan kepada wanita Nelissa Hilman yang suka pada pakaian dan kasut yang ringkas tetapi tidak pernah polois, boleh dipakai tetapi tidak pernah memenatkan-dengan visi untuk mencipta pakaian seragam moden untuk dipakai dan dipakai semula untuk musim yang akan datang, dan dengan pandangan peribadi,” kongsi Nelissa Hilman sendiri mengenai koleksi ini. 

Artikel berkaitan: Sejenak Bersama Nelissa Hilman

Memfokuskan pada bilangan siluet yang lebih kecil tetapi yang dirasakan versatil dan bersesuaian dengan apa jua musim. Koleksi kapsul ini terdiri daripada lapan gaya. Koleksi ini mengaburkan garis antara kelekaian dan kewanitaan dengan rangkaian baju sejuk skuba uniseks, baju kemeja dan baju berkolar panel sebagai opsyen gaya pakaian harian. Gaun midi dibayangkan semula dengan perincian segar, merefleksi nada kasual jenama kami dan menawarkan gaya klasik yang lebih bermutu.

Terdapat juga koleksi sepatu yang merangkumi sandal dan flat. Yang bersesuaian dengan setiap penampilan dan berteraskan identiti Nelissa Hilman sendiri. 

See also
Gaun Perkahwinan Angelina Jolie

Best looks of SS23 Nelissa Hilman…

Nelissa