Sejenak Bersama Nelissa Hilman - Glam Malaysia

Sejenak Bersama Nelissa Hilman

BERBICARA MENGENAI SUMBER INSPIRASI, APAKAH PERKARA UTAMA YANG NELISSA JADIKAN SEBAGAI INSPIRASI UTAMA DALAM REKAAN YANG DIHASILKAN?

Salah satu inspirasi saya adalah alam semula jadi dan warna. Pada saya, pembaharuan diri adalah salah satu perkara yang tetap berlaku pada setiap musim kerana ia penting untuk perkembangan diri. Ibarat alam jadi juga, setiap musim, pepohon akan melalui pembaharuan diri dan bertukar warna dalam proses tersebut. Satu lagi inspirasi saya adalah “crazy geniuses” yang sedang bergiat aktif demi kebaikan Bumi. 

BAGAIMANA PULA DENGAN KONSEP KESELURUHAN JENAMA NELISSA HILMAN? APAKAH MUNGKIN PUNYA HALA TUJU BAHARU SETELAH DUNIA MEMASUKI FASA ENDEMIK?

Pandemik ini telah memberikan saya dan jenama Nelissa Hilman untuk mencipta diri sendiri sekali lagi dengan fokus terhadap “inclusivity”, moden, “chill” dan klasik. Tahun ini juga merupakan tahun ke-10 NH dan pada pendapat saya, NH sudah bersedia untuk memulakan projek-projek atau kolabroasi baharu yang saya percaya adalah amat menarik sekali. Ulang tahun ini juga memberikan kami peluang untuk bereksperimen dan mengembangkan jenama NH kepada pakaian wanita untuk musim bunga/panas 2023 yang akan dipersembahkan di KLFW tahun ini. 

See also
Amanda Nell Eu: The Future Is Female

MENGENAI KOLEKSI TERKINI NELISSA HILMAN? 

Koleksi terkini adalah Journey in Grace: Grounded. Inspirasi untuk SS22, kempen Grounded hadir daripada proses memperbaharui NH. Apabila melihat kembali kepada NH sedekad dari tahun 2012 (jenama Nelissa Hilman mula diasaskan), rakan-rakan di NH juga mula mencari satu “sense of self” baharu dan mengemudi satu realiti di dunia yang kerap berubah, kami mula mencipta visi baharu diinspirasikan oleh sesi-sesi “reflection” dan rest ini. Kempen kali ini bertujuan untuk menunjuk wanita dan kaki mereka yang berbeza-beza serta untuk meneruskan perjuangan dalam menjadi sebuah jenama yang lebih inklusif. 

APAKAH STRATEGI ANDA UNTUK MEMASTIKAN PENDEKATAN PENTING DALAM MEMASTIKAN JENAMA JUGA PRODUK ANDA SENTIASA MENGIKUT TREND DAN PERMINTAAN MASYARAKAT?

Pada saya, amatlah penting untuk tujukan pertanyaan kepada diri sendiri pabila saya sedang melakar, mereka dan diinspirasikan dengan trend terkini. Soalan yang saya tujukan pada diri sendiri adalah “bagaimana saya boleh memberikan produk tersebut dengan ciri-ciri NH yang mampu membuat pelanggan teruja dan memastikan keselesaan serta merefleksikan personaliti mereka. Saya akan selalu kembali kepada kata-kata kunci “inclusivity”, “modern” dan “classic”.

See also
YM DATUK TUNKU KAIYISAH

INDUSTRI FESYEN HARI INI, DARI PANDANGAN ANDA SENDIRI?

Saya adalah penyokong besar pereka fesyen lokal dan kami sekarang berada di salam satu era yang sangat unik dan teruja untuk melihat para pereka yang baharu dan ‘up & coming’ berkolaborasi serta mereka karya yang sangat mengujakan. 

 

TREND TERKINI YANG ANDA OBSES/SUKA?

Fisherman sandals. Kami sedang berusaha untuk memberikan gaya dan versi NH pada trend ini serta bekerja dengan artisan agar ia kekal diperbuat menggunakan tangan. 

HARAPAN ANDA SELAKU PEREKA FESYEN?

Saya berharap untuk mengembangkan satu ekosistem dan ‘value chain’ yang kuat dan supportive untuk menyokong industri kreatif selain daripada kasut. Kami berpeluang untuk melihat golongan kreatif memulakan kolektif dan ini adalah bagus terutama sekali apabila kita perlu memahami, yang mana jenama lokal mampu bertanding dan bernaung sama tinggi bersama jenama antarabangsa dan harus diberi pertimbangan serius dalam kualiti dan harga.