Lima Wanita ‘ORIGINAL’ & Ragam Karakter Merai Hari Wanita Antarabangsa Bersama Calvin Klein - Glam Malaysia
Lima Wanita ‘ORIGINAL’ & Ragam Karakter Merai Hari Wanita Antarabangsa Bersama Calvin Klein

Lima Wanita ‘ORIGINAL’ & Ragam Karakter Merai Hari Wanita Antarabangsa Bersama Calvin Klein

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Calvin Klein melancarkan kempen “A Series Celebrating Women” sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa di Asia. Lima wanita yang versatil, berkeyakinan dan tersendiri ditampilkan dalam kempen. 

Calvin Klein melancarkan kempen “A Series Celebrating Women” untuk meraikan Hari Wanita Antarabangsa 2023, yang menampilkan lima wanita berbakat dan pelbagai identiti yang tidak gentar menuntut naratif mereka sendiri. 

Kempen tersebut diketuai artis bunyi Amerika Christine Sun Kim, yang turut disertai model dan pelakon Thailand Primmy Patnasari, penyanyi dan penulis lagu Taiwan 9M88, perenang Olimpik Hong Kong Stephanie Au dan model dari Berlin Kicki Yang. Imej  kempen dan video setiap individu merupakan rakaman dan arahan oleh Mok Jung Woo, mempamerkan sisi dan personaliti berbeza wanita tersebut, mempamerkan keyakinan, semangat dan ekspresi diri mereka yang menjadi fokus utama. 

Kempen ini memfokuskan koleksi seluar dalam Calvin Klein dari Calvin Klein 1996 yang baharu untuk stail tersendiri , halus dan selesa. Siluet Modern Cotton yang menyegarkan gaya ikonik Calvin Klein dengan leher tinggi dan bahagian belakang berbentuk U serta ‘t-shirt bralette’ untuk gaya tanpa kesan dan sporty. 

See also
Ruang - Bina Dapur Bergaya

Himpunan Modern Cotton Performance yang telah dikemas kini dengan tali pinggang logo dan efek kering pantas lagi inovatif, menawarkan keselesaan serba boleh untuk aktiviti renang, bersenam atau sebagai pakaian harian.

Koleksi Calvin Klein Athletic baharu menampilkan fabrik cepat kering yang disempurnakan dengan material kapas lembut, diinovasikan untuk gaya hidup aktif. Terakhir, CK Black edisi terhad kami menampilkan butiran jahitan yang unik untuk reka bentuk sensual. 

Lima wanita Asia menggayakan Calvin Klein Underwear yang baharu

Lima Wanita ‘ORIGINAL’ & Ragam Karakter Merai Hari Wanita Antarabangsa

 

 

Lima Wanita ‘ORIGINAL’ & Ragam Karakter Merai Hari Wanita Antarabangsa