Pengacara dan usahawan popular tanahair, Neelofa melangkah setapak lagi dalam bidang perniagaan apabila baru-baru ini memperkenalkan sweater atau baju panas daripada jenamanya sendiri, Lofa Brand. Memasarkan memasarkan koleksi pengenalan merchandise premium, Lofa Brand ini terdiri daripada koleksi pakaian dan aksesori.


Jelas Neelofa lagi, idea untuk memasarkan merchandise adalah dengan harapan dapat memberi semangat kepada khalayak untuk maju dalam setiap apa yang dilakukan. Malah jenama ini cukup istimewa memandangkan segala jenis ‘merchandise ‘ ini diusahakan di London, England. Neelofa turut menyebut bahawa idea ini tercetus sejak tiga tahun lalu. Dan untuk baju panas ini, ia adalah uniseks yang bermaksud boleh dipakai baik lelaki mahupun perempuan.


“Saya juga mahukan si pemakai merasai adrenalin yang saya rasa sepanjang aktif dalam bidang perniagaan,” katanya”, sebut Neelofa lagi. Namun, Neelofa turut menegaskan yang koleksi ini tiada kaitan dengan Naelofar Hijab yang lebih memfokuskan terhadap pengeluaran hijab dan pakaian sopan (busana santun).

Neelofa turut memberitahu akan ada lebih banyak koleksi yang akan diumumkan pada masa akan datang dan koleksi barangan premium yang dilancarkan ini merupakan item permulaan LofaBrand yang kini boleh dibeli menerusi laman web: www.lofabrand.com.
Artikel Berkaitan
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjalanan IVF
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim, Sherry &#...
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di Sukan Oli...
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha Timang Pu...
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasangan Bukan Wa...
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Bendahara
Pilihan Bacaan Seterusnya
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
