Citra Seni Louis Vuitton - Glam Malaysia
Citra Seni Louis Vuitton

Citra Seni Louis Vuitton

Sempena kehadiran musim bunga 2021, Louis Vuitton lancarkan siri kempen baharu yang diarahkan dan ditangkap imejnya oleh Pengarah Artistik Louis Vuitton sendiri, Nicolas Ghesquiere. Nicolas sekali lagi mempertaruhkan bakat seninya dalam bidang fotografi. Dan menampilkan duta-duta dan rakan jenama Louis Vuitton, yang merangkumi selebriti dan personaliti lelaki dan perempuan. Ternyata, faktor diversifikasi memegang kukuh tema kempen musim ini. Wajah-wajah yang ditampilkan ditata dalam rekaan dan aksesori Louis Vuitton musim bunga/panas 2021.

Dalam pada masa sekarang, Louis Vuitton memegahkan semangat kepositifan, kebersamaan serta kebebasan jiwa dalam mereka konsep kempen fesyen untuk musim ini. Maka itu, variasi wajah, identiti dan latar belakang yang menyemarakkan penghasilan kempen. Selebriti, model dan pemuzik hebat, semuanya dipilih Nicolas sendiri. Barisan musim ini turut menampilkan pemuzik era baharu, Halle and Chloe Bailey, pelakon, Jennifer Connelly dan Emma Stone, atlet, Naomi Osaka dan selebriti lelaki seperti Cody Fern dan Jaden Smith sebagai pendukung utama.

See also
Beyoncé Bermewahan Rantai Berlian Mahal Tiffany & Co

Penghias kempen tersebut mempamerkan gaya yang tersendiri, sambil bergaya dengan rangkaian aksesori kulit dari himpunan musim bunga/panas 2021, seperti the Coussin dan the Rendez-vous. Digayakan dengan variasi stail, kecirian beg-beg tersebut dilengkapi dengan ruang simpan yang banyak. Memberi ilham dalam fesyen tanpa batasan.

Tas tangan the Coussin dipamerkan oleh Jaden Smith, Jennifer Connelly, Sophie Turner dan Angelica Ross. Manakala, the Rendez-vous digayakan oleh Emma Stone, Halle and Chloe Bailey, dan Laura Harrier. Rangkaian tas kulit yang ikonik, the Capucines dan the Twist turut difokuskan dalam kempen musim ini, yang mana pelakon, Liu Yifei dan model, Carolyn Murphy yang dipilih untuk menggayakannya.

Artikel berkaitan: Lembaran Fesyen MOSCHINO