Opening Ceremony Mempamerkan Koleksi Mereka Melalui Persembahan Balet
Dalam kesibukan pereka-pereka fesyen bersiap sedia untuk Minggu Fesyen New York (NYFW), jenama fesyen Opening Ceremony pula sibuk dengan persembahan balet mereka di Teater David H. Koch Theater, Lincoln Center.

Humberton Leon dan Carol Lim
Foto: Filep Motwary
Humberto Leon dan Carol Lim, pereka Opening Ceremony, membuat keputusan untuk tidak mengadakan pertunjukan fesyen di atas pentas peragaan untuk NYFW yang akan datang ini dan sebaliknya mereka dengan kerjasama bersama New York City Ballet (NYCB) dan koreografer Justin Peck untuk mengadakan satu persembahan tarian balet pada 28 Januari ini.
Persembahan itu bakal menampilkan program baru Justin untuk Musim Sejuk 2017 NYCB di mana penari-penari itu akan menggayakan pakaian dengan gaya jalanan hasil rekaan Humberto dan Justin. Penari-penari balet itu juga akan memakai kasut sneaker dan bukannya kasut balet mereka.
Opening Ceremony juga turut menggunakan pendekatan “see-now-buy-now” untuk persembahan mereka ini dan koleksi mereka akan dijual dibutik-butik mereka sehari selepas persembahan itu.

Opening Ceremony Spring/Summer 2016
Foto: Edward James/WireImage
Ini bukanlah kali pertama Opening Ceremony mengambil pendekatan yang berbeza dan unik seperti ini dalam mempamerkan koleksi mereka kepada dunia fesyen kerana semasa pertunjukan fesyen mereka pada September 2015 memberikan kejutan kepada mereka yang hadir apabila model-model mereka jalan terhuyung-hayang dan mula menari mengikut koreografi hasil Justin di atas pentas peragaan.

Opening Ceremony Spring/Summer 2016
A video posted by openingceremony (@openingceremony) on
Ballet dancers/models falling on purpose at @openingceremony #nyfw @elleusa
A video posted by Nikki Ogunnaike (@nikkiogun) on
Nantikan persembahan Opening Ceremony, Justin Peck dan New York City Ballet pada 28 Januari ini.
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
