Fasha Sandha; In Her Prime - Glam Malaysia
fasha sandha

Fasha Sandha; In Her Prime

SIULAN NAMANYA KINI BUKAN HANYA KERANA IMPAKNYA DALAM DUNIA SENI, SHE IS THE EPITOME OF SUCCESS “YES, I’M AT MY PRIME TIME, AND THE HAPPIEST!” – FASHA SANDHA

pengarah kreatif AIZAT AIDID pengarang fesyen JOHAN KASSIM pengarah seni kanan AMIRUL ARIFIN dibantu oleh HILMAN HISHAM
gambar CHEE WEI solekan KHIR KHALID dandanan CKAY LIOW teks IZZATI SAADIN busana & aksesori DIOR

“Hi dear, you can call me later, sambil makeup untuk ke Business Awards, kita borak-borak. Tapi kalau nak betul-betul fokus, I am free tomorrow.” Begitulah pesanan ringkas daripada Fasha apabila saya bertanya bila dia selesa untuk saya membuat call interview. Always humble dan mesra orangnya.

“I am a mother of 3, a beloved wife, enjoy bekerja dan pada masa yang sama I sangat pentingkan my family,” jelas Fasha menjawab kepada soalan saya “apa yang you mahu orang tahu tentang diri you sekarang.” Memang sedari awal kemunculannya, Fasha dikenali dengan betapa komitednya dia bekerja. Sering memperkasakan diri dengan lakonannya dan jelas Fasha semua itu hadir kerana keghairahannya di lapangan seni. “Saya tidak suka relaks, saya mesti keluar bekerja, sebab itu adalah Fasha, I love what I’m doing, I love acting and it’s my passion, kalau bukan keluar untuk berlakon, saya akan ke penggambaran buat jenama-jenama yang I endorsed.”

See also
Taylor Swift Ungguli Senarai Selebriti Dengan Pendapatan Tertinggi 2019. So Who Else Make The Cut?

Itu cukup untuk menjawab persoalan saya selama ini di mana setiap perkongsian di media sosial miliknya sentiasa sedang bekerja di lokasi atau membuat promosi di majlis pelancaran tertentu, “You tidak penat? And your husband, Aidil okay you kerja kuat begini?”

“Tipulah kalau I cakap tidak penat, and yes, Aidil pernah menasihati saya untuk take a break sekejap, tapi pernah sekali saja dulu, mungkin kerana dia pun faham saya memang begini. Lagi-lagi kalau ada tawaran yang sukar saya tolak, contoh seperti satu naskah yang cukup menarik dan membuat saya mahu terlibat dalam naskah tersebut. Saya akan berfikir, this character is good, sayangnya kalau ditolak. And I enjoy membawa watak antagonis, ia lebih mencabar. Jadi kesudahannya I postponed rehat itu, saya bercakap kepada Aidil tidak mengapa sayang, nanti-nantilah baru rehat. Selagi I mampu dan mempunyai tenaga sekarang saya akan buat sehabis mungkin.”

Ternyata aura Fasha Sandha ini cukup luar biasa, ada saja tawaran berlakon sehingga ada satu-satu masa tawaran datang bukan setakat satu atau dua, tapi lebih dari itu dalam waktu yang sama. Dia adalah the prime actress dan masih kekal relevan hingga sekarang walaupun kini boleh dikatakan ramai bintang-bintang baru mula menyinar.

KAYA BAKAT DENGAN ETIKA KERJA

“I tahu sebabnya, you sentiasa menjadi pilihan because of your work ethic, betapa you sangat berdisiplin, sentiasa hadir awal ke lokasi, boleh kata tidak pernah dengar lagi mulut-mulut berbicara Fasha lambat ke set, bagaimana you boleh jadi sedisiplin ini?

“It’s how I started. Saya bermula dengan modelling, jadi call time saya dulu selalu awal pagi seperti 5 atau 6 pagi, jadi jam 4 pagi saya sudah keluar rumah, dan saya sudah dilatih sebegini sejak berusia 16 tahun lagi. Malah waktu itu juga saya sering berulang alik dari

Pulau Pinang ke Kuala Lumpur. So it made me who I am now. I am a morning person, always early, dan sepanjang 20 tahun I’m in this industry, Alhamdulillah tidak pernah lagi lewat ke lokasi.”

fasha sandha

Itulah resipi kerjaya Fasha yang berjaya mengangkatnya sebaris dengan pelakon-pelakon hebat dan ternama sejak awal penglibatannya lagi. “Saya percaya apabila kita pegang disiplin dan komited dengan apa yang kita lakukan, then nothing can kill you,” ujar Fasha.

Baca Lanjut dalam GLAM Jun/Julai 2023

Artikel Berkaitan: The Flavourful Journey Of Nadia Nasimuddin