Coussin Jadi Taruhan Baru Nicolas Ghesquiere
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioEmily Miller melangkah laju di ruang kaki La Samaritaine, pusat membeli belah yang baru digubah indah. Sambil memperagakan koleksi helaian baru Louis Vuitton, bajunya tertera logo Vote. Bukan itu sahaja yang mencuri tumpuan, Miller turut meletakkan beg baru taruhan Nicolas Ghesquiere pada bahunya. Dia berlalu pantas, tetapi beg baru ini terus muncul beberapa kali di pementasan koleksi musim bunga 2021 Louis Vuitton. Setelah dirisik, benarlah tekaan yang aksesori pembuka acara itu diberi namanya beg Coussin.

Beg baharu iham Ghesquiere ini mendapat ideanya daripada efek bantal. Jika diterjemahkan Coussin itu sendiri membawa maksud kusyen. Ternyatalah beg berekaan ala bantal ini punya kemasan yang cukup lembut. Selain itu, ia juga direka dengan gabungan tiga karung yang berbeza, menang dalam memberi ruang lebih pada yang menyarungkannya. Ia menjadi aset paling penting buat beg baru ini. Menambah mewah adalah kemasan logo monogram yang memperhiasi ruang muka beg. Talinya pula dalam chunky rantai menambah gaya ranggi Louis Vuitton.
Beg baru Louis Vuitton ini mula menhiasi akaun media sosial sekarang. Antara personaliti yang menjadikan It Bag baru ini sebagai pendamping mereka termasuklah Dua Lipa, Millie Bobby Brown dan Ameera Khan. Ia memberi lagak lebih cool pada golongan muda.
Pautan Berkenaan: 4 Tas Michael Kors SS21 Patut Miliki
Artikel Berkaitan
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pameran Terbesar Cartier Di NGV Melbourne Winter Masterpiece...
Gaya Kimono Naomi Osaka Curi Tumpuan Di Wimbledon 2026
Capri Season! Ketahui Cara-Cara Menggayakannya
Siapa di Barisan Hadapan Acara Louis Vuitton Men’s SS27
Menjengah Gaya Musim Panas Kate Spade New York 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang Tepat!
Datin X: Datin Berangan Dengan Barangan Pinjam
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pameran Terbesar Cartier Di NGV Melbourne Winter Masterpieces 2026
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.



