Doraemon Membintangi Koleksi Lunar Gucci - Glam Malaysia
doraemon

Doraemon Membintangi Koleksi Lunar Gucci

Masih saya ingat betapa obsesnya saya pada kartun Doraemon. Setiap 7.30 petang saya sudah siap sedia dihadapan televisyen untuk menontotn siri kartun Jepun ini. Tidak terhenti di TV, saya juga kumpul komik yang dialih bahasa Melayu. Nah, kini memori ketika masih kecil menjelma semula. Thanks to Gucci dan Alessandro Michele. Kartun robot kucing dari masa hadapan ini muncul sebagai bintang utama bagi koleksi Lunar Gucci. Kucing robit asal abad XXII ini mendapat amanah untuk menjadi teman setia Nobita. Tapi, kini dia boleh dijadikan peneman setiap kita semua melalui koleksi Doraemon x Gucci. Bersempena dengan koleksi ini juga manga popular ini meraikan ulang tahun ke-50 mereka dalam dunia manga.

doraemon
Doraemon x Gucci

Buat koleksi Doraemin x Gucci ini memperlihatkan gabungan kartun Doraemon bersama motif GG. Koleksi ini lengkap daripada ceraian baju hingga ke aksesori kulit serta kasut buat wanita dan lelaki. Kucing robot berona biru ini nyata hidup apabila digandingkan bersama motif ikonik Gucci. Lebih menarik ia juga membintangi kempen ini yang dirakam oleh Angelo Pennetta. Bintang utama ini dirakam sedang bergembira bersama sahabat manusianya dalam pelbagai situasi.

Kempen oleh Angelo Pennetta

Bagi meraikan lagi koleksi ikonik ini, Gucci turut bakal melancarkan Gucci Pin di beberapa kota global. Serta ada juga street installation yang diserikan oleh Doraemon di butik-butik Gucci seperti di Australia, Japan, India dan Malaysia. Hong Kong dan Shanghai pula dipilih sebagai lokasi untuk Gucci Artwalls. Himpunan ini sudah mula terjual sejak 12 Januari 2021.

See also
MFW: Apakah Kejutan Yang Bakal Dipersembahkan Di Gucci?

Pautan Berkenaan: Eksplorasi Gucci Paling Bergaya Dan Praktikal