Kempen Terkini Chanel 25 Terinspirasi Daripada Video Ikonik Kylie Minogue
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioMargot Robbie menghidupkan semula visual ikonik Come Into My World oleh Kylie Minogue dalam kempen CHANEL 25 yang penuh nostalgia dan interpretasi moden.
Chanel terus mengukuhkan naratif kreatifnya menerusi kempen terbaharu tas tangan Chanel 25, sebuah eksplorasi visual yang menggabungkan elemen fesyen dan sinema dengan pendekatan yang cukup segar. Di bawah arahan Michel Gondry, kempen ini menampilkan Margot Robbie sebagai wajah utama, bersama kemunculan istimewa Kylie Minogue yang membawa sentuhan nostalgia yang halus namun signifikan. Keseluruhan visual kempen tampil playful dan dinamik, yang mana dalam masa sama, ia hadir dengan rujukan ‘budaya pop’ yang diolah semula di dalam konteks moden.
Kempen Chanel 25 Yang Cukup Ikonik
Mengambil inspirasi daripada video muzik ikonik Kylie Minogue, ‘Come Into My World’ yang dilancarkan pada tahun 2002, Michel Gondry menghidupkan semula konsep pengulangan identiti dengan interpretasi yang lebih kontemporari. Dalam filem kempen ini, Margot Robbie diperlihat bertembung dengan pelbagai versi dirinya sendiri di jalanan, setiap satu membawa gaya dan persona yang berbeza sambil menggayakan variasi tas tangan Chanel 25. Naratif ini mencerminkan realiti wanita masa kini yang sentiasa beralih antara pelbagai peranan, dengan gaya yang turut berubah mengikut rentak kehidupan harian. Kemunculan Kylie Minogue dalam latar yang menyerupai kejiranan Paris pula tampil berfungsi sebagai penghormatan visual yang subtle, menghubungkan estetika masa lalu dengan visi baharu yang lebih segar.

Seiring dengan filem tersebut, siri fotografi oleh Craig McDean memperkukuhkan identiti kempen dengan pendekatan editorial yang lebih refined. Margot Robbie digayakan dalam pelbagai look yang merangkumi estetika sofistikated hingga kasual yang effortless, lantas memperlihatkan bagaimana Chanel 25 mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi. Setiap visual imej menonjolkan tas ini sebagai lebih daripada sekadar aksesori, sebaliknya ia juga satu refleksi kepada kepelbagaian identiti dan gaya hidup wanita urban yang sentiasa bergerak.

Diperkenalkan pada tahun 2025, Chanel 25 mengangkat elemen warisan rumah fesyen ini melalui interpretasi yang lebih praktikal dan kontemporari. Ciri klasik seperti quilted leather, rantai berjalin kulit serta logo double C diterapkan dalam siluet hobo yang lembut, memberikan keseimbangan antara praktikaliti dan estetikanya. Versi mini turut diketengahkan, hadir dalam palet warna yang luas termasuk hitam, putih, beige, deep burgundy dan dark khaki, bersama-sama pilihan material seperti smooth, grained dan crinkled calfskin serta denim dan canvas. Hasilnya adalah sebuah rekaan yang intuitif terhadap keperluan wanita masa kini, lantas menawarkan kebebasan bergerak dengan gaya yang kekal elegan.
Artikel berkaitan: Jennie Sertai Dua Lipa Sebagai Duta Beg Chanel 25
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
