Gaya Dan Trend Dari Koleksi Milan Fashion Week 2024
Mari imbas kembali gaya dan trend dari koleksi Milan Fashion Week 2024 yang menarik pilihan hati dan mata GLAM!
Musim Milan Fashion Week 2024 baru sahaja berakhir minggu yang lalu. Kita disajikan dengan pelbagai jenis rekaan dari pereka-pereka ternama di dunia. Dari penggunaan rona yang menghuraikan apa itu musim bunga dan musim panas hingga ke penggunaan material yang sesuai menjadi tumpuan ramai. Untuk mengimbas kembali minggu fesyen kesukaan ramai ini, GLAM akan berkongsi gaya dan trend dari koleksi Milan Fashion Week 2024.
#1 Merah Sebagai Statement Utama
Statement merah akan sentiasa menjadi trend fesyen utama lebih-lebih lagi pada tahun ini. Jenama seperti Gucci, Ferragamo danFerrari fokus kepada rona merah yang seringkali dilihat sebagai timeless dalam dunia fesyen. Rona yang versatil ini sentiasa berada di pentas runway tidak kira musim menjadikan merah sebagai warna wajib di dalam almari penggemar fesyen. Jangkaan fesyen 2024 tentang rona hangat ini semestinya sangat tepat. Gaya merah Gucci yang fokus kepada outerwear memberi aura formal dan bergaya dalam setiap peragaan tersebut. Ferragamo yang lebih fokus kepada gaun dan chic manakala Ferrari tidak pernah gagal dalam menonjolkan sifat kewanitaan dalam rekaan mereka.

Gucci

Ferragamo

Ferrari
#2 Elemen 70-an
Di bawa semula ke tahun 70-an, Versace sekali lagi menghidangkan koleksi-koleksi yang cantik dipandang. Elemen flowy dan pilihan rona-rona yang lembut serta warna-warni, Versace membawa semula trend 70-an ini dalam koleksi musim bunga musim panas tahun ini. Koleksi ini juga mengingatkan kami kepada koleksi musim panas Versace pada tahun 2004, dengan corak floral dan rona lembut berwarna-warni. Material selabuci dan satin yang digunakan memberi feminiti dan gaya 70-an kepada koleksi ini. Penggunaan material suede dan rona coklat digabungkan dengan rona biru dan emas memberi impak yang lebih matang dalam koleksi ini. Selain itu, penggunaan rona seperti ungu, kuning dan hijau menggambarkan musim bunga dan musim panas dengan sempurna.



#3 Fashionably Formal
Office Siren, Office-core dan Devil Wears Prada merupakan antara gaya yang memberi topik hangat dalam dunia fesyen pada tahun ini. Elemen yang menggabungkan fesyen dengan gaya formal ke pejabat ini merupakan satu trend yang masih hangat. Jenama-jenama seperti Prada, Boss dan Bottega Veneta tidak pernah mengcewakan. Olahan blazer dan sut dalam koleksi kali ini memberi aura formaliti yang bergaya. Kini, semua orang boleh ke pejabat dengan gaya yang sempurna.

Bottega Veneta

Boss

Prada
#4 Hitam Atas Hitam
“Black will never go wrong,” semestinya disetujui ramai lebih-lebih lagi untuk penggemar fesyen. Rona yang digemari ramai ini akan sentiasa menjadi tumpuan minggu fesyen setiap tahun. Gaya yang boleh dicapai dengan rona versatil ini sangatlah tidak terhad jika pandai digayakan. Annakiki dan Ferragamo menggunakan rona hitam sebagai salah satu tumpuan utama untuk koleksi mereka. Annakiki fokus kepada gaya edgy dengan penggunaan rona hitam dalam rekaan mereka. Penggunaan corak melambangkan kekuatan dan sedikit elemen Y2K di dalam rekaan ini membuatkan keunikkan Annakiki terserlah. Ferragamo lebih fokus dalam menunjukkan elegan dalam penggunaan rona hitam. Gaun dan sut untuk wanita menjadi kunci trend mereka tahun ini.

Annakiki

Ferragamo
#5 Hijau Tumpuan Utama MFW24
“Green is the new black.” Mungkin ini ialah kata-kata yang mampu menggambarkan Milan Fashion Week 2024. Dari rona hijau neon hingga ke hijau gelap dan hijau sage, semuanya menjadi tumpuan utama minggu fesyen kali ini. Burberry, Versace dan Gucci adalah antara jenama yang membawa rona hijau ke atas pentas runway dengan elemen mereka yang tersendiri. Rona hijau sememangnya satu trend fesyen yang juga rancak meningkat.

Burberry

Gucci

Versace
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
