Upaya & Euforia Sedekad Atikah Karim

Upaya & Euforia Sedekad Atikah Karim

Jika tidak diasah, bakat tidak akan bersinar. Tanpa kerja keras, keberhasilan itu tak mungkin dirayakan. Atas dua faktor besar ini Atikah Karim beriring tekadnya bertahan menyusun langkah sebagai seorang peragawati di negara orang sedekad lamanya. GLAM mendekati her current state of mind.

pengarang fesyen JOHAN KASSIM pengarah seni AMIRUL ARIFIN gambar CHEE WEI solekan CAT YONG dandanan CKAY LIOW teks HAFIZAN MOHD

Sederhana. Itu mungkin first impression saya pada Atikah saat pertama kali bertemunya. Tuturnya biar kadang kedengaran canggung tetapi cukup bersahaja dalam bercerita. “Lama you balik kali ni?”. Soal saya membuka bicara. “Lama this time maybe sampai Mei nanti. Kali ni lama sikit sebab ada few stuffs yang I nak kena settle kan but maybe in between I akan balik sana (New York) then I balik Malaysia lagi.”

So, what’s your plan sepanjang beberapa bulan di sini? “I just need to spend more time dengan family and actually kan I wanted to focus more on my current obsession which is pottery. I selalu nak involve dalam art class macam ni tapi you tahulah kalau dekat sana mahal. So nanti I balik Sabah I nak start over and focus on my pottery class.”

Perbualan kami pagi itu banyak berlegar pada cerita susah senangnya sebagai wajah wakilan model tempatan yang berjaya di negara orang sehinggalah visi-visi baru yang dipasang untuk meneruskan kelangsungan kariernya dalam bidang ini. “Masa mula-mula I join the agency susah. I struggle almost two years sebab masa I pergi dulu I hanya datang dengan visitor punya visa sebab my agency that time nak tengok how far I can go. Until I dapat kempen Polo Ralph Lauren tahun 2015 barulah I dapat working visa.”

Atikah Karim

Hanya setelah itu Atikah berkata dia mendapat kontrak bersama agensi baru di London. “Lepas tu barulah I dapat banyak job buat kempen, katalog for e-commerce.” Tambahnya lagi “Masa I start dulu masih kurang diversity jadi memang agak struggle. Asian model yang success masa tu most of them Chinese. Now dah lain sebab the beauty standard has change, people celebrate all kind of beauty, color and shape. Which is very good.”

Dalam perjalanan panjangnya itu juga Atikah Karim berkongsi pengalaman tentang bagaimana perspektifnya tentang dunia fesyen itu berubah. “Masa di London I lebih banyak belajar untuk memahami cara macam mana nak buat duit as a model dalam bidang ini. Being fashion runway model doesn’t pay you well but doing commercial and advertorial really make me as a money-making model.” 

See also
GLAM Stail: Most Wanted

Untuk bergerak sedekad lamanya di negara orang itu mungkin bukan hal biasa untuk seorang gadis kelahiran tempatan. Apatah lagi untuk bergelar seorang peragawati di negara orang. Soal saya lagi padanya, apa yang menjadi kekuatan Atikah untuk bertahan sejauh ini? “I rasa kena always be positive and keep my head straight. Of course, akan ada down time and emotionally unstable. There’s time I always question myself why this girl gets the job but not me? But I slowly learn how to handle it. Make connection and understand the market. Pada masa yang sama I rasa penting untuk I konsisten with my routine to keep fit and be healthy. I think that’s the key of success to survive in this industry.You have to be healthy – physically and mentally.” How competitive is the process actually? “Very competitive sebab ada ramai sangat model dalam satu agensi dan at the same time you have to compete with all these big models as well yang datang dari agensi lebih besar which they already work with big brands. But I think I managed to know my own direction”

Tambah Atikah Karim lagi sebagai model Asia dia harus berani untuk mencuba pelbagai cabang pasaran. “Kalau di New York akan lebih banyak job berbentuk komersil dan kalau I dekat London focus more on editorial juga advertorial. You need to try every market and tak boleh just rely on one market saja. Sebab tu I selalu travel, it’s for work. I will let my agency knows where I am and they will find opportunity for me. That’s how actually I make money as a model. I tak boleh nak harapkan agensi sahaja but me myself need to work hard too.” 

Atikah Karim

“Let say New York didn’t give you opportunity you have to explore other country macam Spain or Sweeden. Bila you explore more country you jadi sedar yang sebenarnya banyak sangat peluang yang ada. Sebagai contoh Sweeden jenama sebumbung dengan H&M Sahaja ada beberapa yang ada potensi untuk mendapatkan job as a model.”

See also
Vibe Mewah dan Penuh Kelas Oleh Selebriti Untuk Karpet Merah NAACP Awards

Atikah Karim menambah penuh keterujaan “I dulu suka sangat to see all the girls in & Other Stories campaign. I told myself satu hari I nak to be in their campaign and luckily today they are my regular client now.” Percaturan dalam kembaranya sebagai seorang model setelah itu lebih mudah kerana menurutnya dia sudah memahami apa kelebihan yang dia miliki. Setelah itu wajah Atikah sudah diabadikan di kempen-kempen besar fesyen selain & Other Story wajahnya sudah mengisi kempen fesyen H&M, Ted Baker, Equinox dan Cubus antaranya. 

Sepanjang tempoh sepeuluh tahun bergelar model antarabangsa, Atikah berkongsi antara momen yang paling akan dia ingati sepanjang berkarier adalah ketika mengisi ruang editorial British Vogue bersama model-model Asia lainnya. “Itu antara my career highlight sebagai model untuk turut sama diraikan bersama model-model Asia yang lain. Masa tu I ingat they ask me about the struggle being an Asian model dan I rasa masa tu our voice as an outsider mula diberi perhatian. That’s definitely one of the important moments.” 

How would you describe your journey so far? “Long and a lot of hardship but at the same time I am super grateful to get heard and seen. I feel lucky as well sebab Danny is with me as my support system. He always makes me feel like home.”

Mendekati Atikah dengan pengalaman panjang yang dia miliki sebagai model menambah persoalan saya tentang adakah apa yang Atikah sudah miliki adalah apa yang Atikah bayangkan dulu ketika awal memasuki dunia peragaan?  “I didn’t imagine I will be a working money model. I mean untuk menjadi model dan ada duit sendiri yang boleh pay my bills, support my life. Sebab masa mula-mula dulu I have this in mind yang I know its not easy as a Malaysian model untuk diterima but I feel grateful I mampu untuk terus bekerja sampai sekarang.”

Atikah Karim

Bercerita lanjut tentang impian dan kelangsungan kariernya, apa yang Atikah mahu lakukan lagi selepas ini? “I am learning digital marketing now. I feel like I want to work more with brand sebab sepanjang jadi model I banyak belajar how to make sure things look good. So daripada situ I develop minat dalam digital marketing. Selain tu I ada minat untuk direct as well, more on creative part. I don’t know if I can make it but I think I want to explore more on that.”

See also
Stail Selebriti Atas Karpet Biru 23rd Critic's Choice Awards

Melihat feed Instagram milik Atikah dia agak jarang berkongsi tentang apa yang dikerjakan. Kebanyakan pengisiannya adalah tentang kehidupan sehariannya. Saya bertanyakan hal itu padanya, adakah media sosial reflects your personality? “I jarang nak share apa yang I buat I mean kerja I sebab I rasa people can always find that on models.com. Even sometimes bila orang tag on story ke I jarang repost sebab I feel like to curate my Instagram feed more on my point of view. What I do on daily basis as a human being.” 

So how would you describe your personaliti sebenar? “I would say I ni jenis easy going but straight forward. Kadang-kadang I know people agak uncomfortable sebab mereka mudah terasa dengan apa yang I cakap but I’m just being real. Tapi lama-lama I rasa orang akan faham apa yang I nak cakapkan.”

Kalau dalam kehidupan sendiri Atikah Karim seorang yang merancang atau just go with the flow? “I am the one who plan everything. Even kalau karier pun sama. Every end of year I will tell my agency what I want to do next. Let say I want to spend more time on Europe so I will tell them. I rasa penting untuk ada planning supaya I tahu what is my direction and from there I can see where it goes.”

Sejauh mana Atikah melihat perjalanan bergelar model ini akan berterusan? “Ermm, I would say selagi ada opportunity I will do it. Modelling is a fast money for me dan I rasa selagi ada tawaran kerja yang datang I akan buat sampai bila-bila. At the same time, I think I akan explore peluang lain yang boleh I buat in future.” Tambahnya lagi.  

Atikah Karim

 

Baca lanjut kisah Atikah Karim, wajah muka depan GLAM isu April 2024 di pasaran sekarang.