5 Item Fesyen Yang Digayakan Oleh Selebriti Lokal

Ini 5 Item Fesyen Yang Digayakan Oleh Selebriti Lokal

Dalam dunia fesyen yang sentiasa berubah, selebriti tempatan sering menjadi “trendsetter” dalam memadankan gaya peribadi dan item fesyen mereka dengan trend terkini.

Kita akan dapat melihat bagaimana selebriti tempatan membawa sentuhan lokal ke dalam seni fesyen global, membuktikan fesyen adalah satu bentuk ekspresi diri yang tak terbatas. Kali ini, ayuh lihat lima item fesyen yang distailkan oleh bintang-bintang tempatan kita. Daripada kilauan karpet merah hingga gaya chic di waktu santai, mari kita lihat barang-barang khas yang menentukan keunikan gaya mereka dan meningkatkan lagi kehebatan gaya fesyen tempatan.

5 Item Fesyen Yang Digayakan Oleh Selebriti Lokal

1. Scha Al-Yahya

item fesyen

Penampilan Scha Alyahya ini menampilkan gaya santai dan stylish. Scha memadankan tas tangan Mulberry Pimlico rona putih yang disempurnakan bersama kardigan knitwear. Untuk meningkatkan lagi penampilannya, Scha memilih cermin mata Zodiac 02 daripada koleksi BOLD yang diperkaya dengan reka bentuk berani dan berani daripada Gentle Monster.

See also
Anugerah Emmy 2018: Selebriti-Selebriti Best Dressed Di Karpet Merah

2. Azira Shafinaz

item fesyen

Gaya Azira Shafinaz tampak classy dengan aksesori daripada Wanderlust + Co. Spicing up our look with accessories, what could possibly go wrong? Lagi menarik, tiada apa-apa yang setanding dengan gaya layered necklace. Dengan gaya itu, Azira Shafinaz kelihatan effortless dan sempurna pada masa yang sama.

3. Neelofa

item fesyen

Siapa tidak kenal Neelofa, ikon fesyen yang sehingga kini tidak lekang di bibir. Neelofa tampil berbusana rona ungu dan menggayakan tas tangan Bamboo Top Handle daripada Gucci. Dengan ciri unik tas tangan ini seperti hand-curved bamboo handle, Gucci Bamboo 1947 merangkumi gaya istimewa dan ditambah pula dengan aura si pemakai, Neelofa.

4. Mimi Lana

Namakan selebriti yang boleh pull off any style? Bagi GLAM, semestinya Mimi Lana. Mimi Lana ialah antara selebriti yang mampu mengubah penampilan dan mood mengikut situasi dan majlis. Gaya santai Mimi Lana dipadankan bersama kaca mata hitam Triomphe daripada Celine Eyewear ini yang mempunyai siluet futuristik yang direka dalam logam berwarna perak.

See also
Louis Vuitton Pre-Fall 2023 Berlabuh Di Sungai Han

5. Daiyan Trisha

TIdak perlu mencuba dengan lebih gigih, Daiyan Trisha memakai apa sahaja akan tetep menarik perhatian GLAM. Daiyan Trisha kelihatan simple tetapi ekstra dengan menggayakan De Luxe Wedge Sneaker daripada Converse. Bagi GLAM, Chuck 70 De Luxe yang digayakan oleh Daiyan memberikan look yang berani bersama molded wedge heel. Apa yang istimewa tentang sniker itu ialah ia mempunyai butiran yang diilhamkan oleh fesyen ’90-an.