6 Gaya Tercantik Daiyan Trisha Tahun 2023 Pilihan GLAM
daiyan trisha tahun 2023

6 Gaya Tercantik Daiyan Trisha Tahun 2023 Pilihan GLAM

Daiyan Trisha tahun 2023 ini, namanya tidak lekang menjadi sebutan setiap pencinta industri fesyen, kecantikan dan hiburan tanah air hari ini. Setujukah anda jika GLAM gelarkan dia, wanita terhebat masa kini? 

Jika boleh kami rumuskan, sudah tentu Daiyan Trisha tahun 2023 tampil cantik dan ekstra setiap kali membuat penampilan di mana-mana sahaja. Segalanya serba-serbi lengkap! Baik daripada sisi perkembangan kerjaya lakonan, menginjak ke persada antarabangsa dunia fesyen dan kecantikan, penerbitan buku pertamanya, apa lagi yang tidak cukup untuk kita banggakan daripada wanita hebat ini?

Semestinya tahun ini menjadi tahun yang manis buat wanita penuh aspirasi ini. Buku nukilan puisi yang diberi nama “Tulisan” , akhirnya diterbitkan dan dikongsi bersama para peminat yang sudah lama setia menanti untuk memiliki buku indah ini. Bukan itu sahaja, tahun ini turut dapat disaksikan kemunculan Daiyan Trisha dalam beberapa siri drama juga filem lokal. Namanya semakin melonjak seiring dengan lakonan hebatnya di awal tahun ini menerusi drama “Projek: High Council” dan kini pula sedang aktif tayangan drama adaptasi Korea Selatan, “W: Two Worlds”.

See also
COS Archive Edition : Inspirasi Bauhaus

Seperti yang sudah diketahui semua, cinta Daiyan Trisha pada dunia fesyen tidak boleh disangkal lagi. Disenangi oleh banyak rumah-rumah fesyen antarabangsa membuatkan Daiyan Trisha sering dijemput menghadiri pertunjukan fesyen ternama di luar negara. Namun, suatu pencapaian baru yang boleh dibanggakan wanita ini apabila dia yang mewakili Malaysia, dijemput secara eksklusif menyertai majlis berprestij anjuran rumah kecantikan Lancome di Musée du Louvre. Sudah pasti menjadi antara memori terindah buat tahun 2023 ini!

GLAM Kongsi Momen Cantik Daiyan Trisha Tahun 2023

#1 Bak Puteri Di Kota Grasse, Perancis

Daiyan Trisha Tahun 2023

Menggayakan gaun emas daripada pereka Ivan Young, Daiyan Trisha kelihatan anggun bagaikan puteri. Manis menyarungkan perhiasan rantai menghiasi leher jinjangnya serta tas tangan putih mimik sebutir mutiara.

#2 Bersiar-siar Sekitar Kota Seoul

Menyarung persalinan Gucci kala bersiar-siar, Daiyan Trisha tampak begitu bergaya sekali. Gaya kasual penuh stylish ini dipadankan lagi dengan kasut Gucci Tennis 1977.

#3 Daiyan Trisha Manis Berbaju Kurung

Daiyan Trisha Tahun 2023

Gambar yang dirakam sewaktu perayaan Aidilfitri tahun ini. Bagaikan wanita Melayu terakhir menggayakan kurung moden rona biru muda bersama selendang kolaborasinya bersama jenama fesyen lokal Jovian mandagie.

See also
GLAM 101: Fabrik Tweed

#4 Daiyan Trisha Tahun 2023 Tampil Anggun di Kota New York

Daiyan Trisha Tahun 2023

Menyarung gaun bunga-bunga daripada pereka Zaimi Zulkafli. Daiyan Trisha menggayakan rambut pendeknya dengan stail gulungan besar membuatkan keseluruhan look nya tampil lebih glamor.

#5 Glamor di malam MOST GLAM 2023

Daiyan Trisha Tahun 2023

Hadir bagaikan permaisuri! Mata kami memandang terus pada Daiyan Trisha saat tiba di majlis tahunan GLAM paling glamor tahun ini. Sudah tentu kami menantikan kehadirannya, ternyata langsung tidak mengecewakan. Mengenakan persalinan indah serba merah rekaan Alia Bastamam. Daiyan Trisha boleh kami katakan antara yang tercantik pada malam itu!

#6 Malam Gala Tayangan Perdana War On Terror: KL Anarki

Daiyan Trisha Tahun 2023

Satu perkataan, gorgeous! Baru-baru ini Daiyan Trisha membuat kemunculan di karpet merah tayangan perdana filem War on Terror : KL Anarki. Pencinta fesyen pasti setuju dengan kami, Daiyan tampil cukup ekstra dan inilah look karpet merah terbaik pada malam itu. Mengenakan helaian daripada Versace Musim Luruh Sejuk 2023, she is on another level! 

 

See also
Gaun Perkahwinan Ratu Elizabeth II Direplikakan