Nuansa Feminin Utilitarian Olahan Max Mara - Glam Malaysia
Nuansa Feminin Utilitarian Olahan Max Mara

Nuansa Feminin Utilitarian Olahan Max Mara

Feminin utilitarian menjadi definisi yang tepat untuk koleksi musim bunga/panas 2024 Max Mara. Terinspirasi dari nuansa gaya wanita dalam perang dunia kedua, gaya yang memperlihatkan uniform tentera dan utilitarian dengan kesan pemberontak, ternyata Max Mara menampilkan deretan pakaian yang agak berbeza musim ini. 

Ian Griffiths, pengarah kreatif Max Mara memang dikenal memiliki pengetahuan yang luas terkait seni dan sering mengambil rujukan dari seni, baik itu sastera hingga muzik dan artistik. Namun untuk musim ini, Max Mara terinspirasi dari uniform tentera dan utilitarian dengan kesan pemberontak, digubah seiring dengan apa yang dibayangkan Griffiths mengenai para penjelajah yang glamor dan elegan.

Siluet era perang dunia kedua dimodifikasi ke dalam koleksi dengan warna dasar mute dari mulai camel, beige hingga beberapa rona putih untuk kemudian disandingkan dengan warna kontras seperti fuschia hingga kuning. Kejutan di koleksi ini hadir dari konstruksi baharu sebagai eksperimen gaya terkini, yakni dalam wujud kemeja dan jaket yang selaras dengan elemen utilitarian. Misalnya, poket dan kantung yang cukup luas, jahitan bertelulang yang kuat dan penggantung kukuh.

See also
Tory Burch Musim Luruh 2016: Cetusan Gaya Perancis di Gelanggang Hampton

Simbol kebebasan perempuan

Seleksi rekaan bernuansa neutral, yang memberikan rasa kemewahan yang bersahaja melalui kot trench, jaket gaya tentera dan baju sejuk dengan pola oversized. Hadir juga, gaun malam tanpa bahagian belakang yang diilhamkan dari apron tukang kebun, dan gaun sifon tiga lapis dengan tali gaberdine membawa mesej bergaya chic dari siang ke malam. Busana dengan motif floral dalam rona warna yang memikat menyatakan elegansi dan ciri feminin yang selama ini telah menjadi kekuatan terbesar rumah fesyen tersebut.

Deretan pakaian dan aksesori musim ini dibuat sepraktikal mungkin. Bukan cuma menunjukkan fantasi gaya tentera yang chic semata-mata, koleksi ini benar-benar merancang pakaian yang mungkin akan dikenakan oleh wanita masa kini.

Artikel berkaitan: TUMI Hadirkan Koleksi Bag Asra Dedikasi Wanita