"Tulisan" by Daiyan Trisha Bakal Menemui Peminatnya

“Tulisan” Karya Daiyan Trisha, Bakal Bertemu Peminat Tidak Lama Lagi

Kita sering dilimpahkan dengan luahan puisi indah kata hati Daiyan Trisha, kini munculnya naskhah “Tulisan” karya Daiyan Trisha, dicipta cukup bermakna buat tatapan semua.

Kompilasi puisi indah yang dikumpulkan membentuk senaskhah buku. “Tulisan” oleh Daiyan Trisha nama diberi. Dunia sastera kini kembali digemparkan dengan pelancaran buku pertama Daiyan Trisha. Daiyan yang merupakan seorang penyanyi, pelakon kini menambah portfolionya sebagai penulis hebat.

Sudah lama peminatnya menantikan pelancaran istimewa ini dan akhirnya Daiyan mengabulkan bukan sahaja impian peminat malah impian dirinya. Bagi mereka yang turut sama teruja untuk merasai jiwa puisi wanita ini, jangan lepaskan untuk membeli melalui fasa pra-tempahan yang bakal dibuka pada 26 Ogos ini jam 20 pagi melalui web rasmi www.tulisanbydaiyan.com .

"Tulisan" Karya Daiyan Trisha

“Tulisan” hasil terbitan Nukilan Biruni Publication ini bakal dilancarkan dalam bentuk edisi terhad sebanyak 2000 naskhah dan ditandatangani oleh pengarangnya sendiri. Dan setiap salinan edisi ini dihasilkan cukup elegan dengan pakej-pakej eksklusif menjadikan ia naskhah berharga buat yang memilikinya.

See also
Nuansa Nada Klasik: Himpunan Kurasi Daiyan Trisha Bersama Clarks Malaysia

Daiyan Trisha yang aktif menulis semenjak umurnya 14 tahun, meluahkan jiwa puisinya dan membawa pembaca merasai dunia tersembunyi yang cuba disampaikan di dalam bait-bait puisi setiap halaman yang memenuhi buku “Tulisan” ini.

Sedikit Latar Belakang “Tulisan” Karya Daiyan Trisha

"Tulisan" Karya Daiyan Trisha

“Tulisan” karya Daiyan Trisha menawarkan gabungan yang indah dari 222 puisi yang memukau dengan sentuhan Bahasa Melayu dan Inggeris, mengangkat tema-tema cinta dan kehidupan yang membangkitkan dengan cara unik dari jiwa Daiyan. Dengan ungkapan yang jujur, pembaca diundang untuk menjalani perjalanan intim melalui dunia peribadinya, sebuah karya autentik tanpa saringan di mana emosi dan pemikiran bergabung membentuk gambaran hidup tentang dunianya yang sakral. Setiap puisi membuka lapisan-lapisan, mengungkap kerentanan Daiyan, kemenangan-kemenangannya, patah hatinya, dan beragam nuansa yang membentuk pengalaman hidupnya.

Jangan lepaskan peluang untuk mendalami jiwa hebat wanita ini menerusi karyanya. Untuk maklumat lanjut tentang buku ini, proses pra-tempahan, atau sebarang pertanyaan, sila
layari laman web rasmi: www.tulisanbydaiyan.com atau hubungi melalui emel ke nukilan.biruni@gmail.com.

See also
Pencapaian Tiga Dekad Christina Aguilera Diiktiraf