Chopard Meraikan Hari Kebahagiaan Sedunia 2026 Bersama Koleksi Happy Hearts
Walaupun hiruk-pikuk kota tidak pernah surut, jenama barang kemas terkemuka, Chopard terus menyemarakkan makna kebahagiaan menerusi koleksi ikonik Chopard Happy Hearts yang sarat dengan pesona. Setiap kali menjelang 20 Mac, Chopard Happy Hearts tampil dengan rekaan terbaharu yang memancarkan aura ceria serta gaya hidup sofistikated. Di sebalik kilauan perhiasan mewahnya, koleksi ini menjadi simbol kegembiraan, satu elemen penting yang menyempurnakan kehidupan.
Koleksi ini memperkenalkan rantai leher Happy Hearts baharu daripada emas putih dan ros 18 karat beretika dengan motif hati gelangsar anggun. Bella Hadid yang merupakan wajah Chopard, hadir mengayakan koleksi Happy Hearts sekaligus menjelmakan wanita yang sofistikated dan yakin. Memancarkan aura effortless elegance bersama signature tulang pipi yang jelas terukir, Bella menterjemahkan kemewahan untuk generasi baru. Kini, edisi perhiasan Chopard pada tahun ini melengkapi konsep ikonik Happy Diamonds, yang sejak 1976 menyuntik joie de vivre—semangat keriangan dan keindahan hidup.

Sentuhan Art Deco Sebagai Inspirasi Kebahagiaan
Seiring detik penuh gemerlap ini, Chopard memperkenalkan rantai leher baharu dalam koleksi Happy Hearts, diinspirasikan daripada kebangkitan glamor Art Deco. Pesona ini telah mengolah semula bentuk klasik dengan sentuhan kontemporari. Diperbuat daripada emas putih dan ros 18 karat beretika, rantai ini menampilkan motif hati gelangsar yang anggun. Ia diserlahkan lagi dengan berlian berkilau atau ibu mutiara merah jambu, lengkap dengan butang tekan halus untuk pelarasan mudah. Di hujung rantai, dua berlian menari dalam hati emas, memancarkan kilauan yang mengikuti setiap gerakan si pemakai. Sempena Hari Kebahagiaan Sedunia, pemilihan perhiasan yang sesuai dapat membantu melonjakkan keyakinan.

Chopard menyerlahkan dedikasi berterusan terhadap kebahagiaan, kasih sayang tulus kepada wanita, dan keanggunan seni perhiasan yang merakam saat istimewa hidup. Hari Kebahagiaan Sedunia merupakan hari yang dicipta khas untuk merayakan kesejahteraan dan keamanan dalam kehidupan bermasyarakat, sekaligus mendorong individu untuk menghargai keharmonian. Aksesori daripada kempen terbaru Chopard ini mengiringi setiap langkah si pemakai dalam membentuk karisma.

Edisi perhiasan Chopard pada tahun ini adalah lebih istimewa apabila mereka mengangkat ulang tahun ke-50 koleksi ikonik Happy Diamonds. Selanjutnya, konsep inovasi penuh kisah ini bermula pada 1976, menampilkan berlian terapung bebas menari di antara kristal nilam. Lantas, rekaan berani ciri ikonik Chopard ini memancarkan aura bebas, anggun dan kebahagiaan dalam koleksi Happy Hearts. Hari Kebahagiaan Sedunia tahun ini memanggil setiap individu untuk berkongsi tenaga positif sekaligus diserikan bersama perhiasan yang menyuntik keyakinan.
Artikel Berkaitan: Bella Hadid Dilantik Sebagai Wajah Baharu Chopard
Artikel Berkaitan
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pilihan Bacaan Seterusnya
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
