Kenali Punca Dan Tip Penjagaan Kulit Kepala Gatal

Kenali Punca Dan Tip Penjagaan Kulit Kepala Gatal

Daripada beberapa masalah rambut yang perlu anda hadapi, salah satu yang paling sukar ialah kulit kepala gatal. Tetapi selain daripada menahan diri secara fizikal untuk mengelak melakukan kecederaan berpanjangan pada kulit kepala, bagaimanakah cara terbaik untuk anda atasinya?

Kenali Punca Dan Tip Penjagaan Kulit Kepala Gatal

Apabila kulit kepala anda terasa gatal, sukar untuk memikirkan jalan penyelesaiannya. Anda mungkin merasakan bahawa masalah gatal ini tidak akan berhenti, tetapi ia hanya mampu memberikan kelegaan sementara dengan sekadar menggarunya. Bagi mengatasi masalah kulit ini, ia haruslah bermula dengan mengetahui puncanya. Berikut adalah 5 punca kulit kepala gatal dan beberapa tip penjagaan terbaik saranan GLAM.

1. Reaksi Terhadap Produk Rambut

Anda mungkin mengalami kulit kepala gatal kerana reaksi buruk terhadap sesuatu yang anda gunakan pada rambut seperti pewarna. Contact dermatitis ialah ruam yang berlaku apabila kulit anda bersentuhan dengan sesuatu yang merengsakannya atau anda alah kepadanya.

Selain daripada itu, anda harus memandang serius soal bahan kimia yang terdapat di dalam pewarna rambut mahupun inai, mungkin anda bahan kimia seperti para-phenylenediamine, yang mampu buat kulit kepala meradang.

See also
Priyanka Chopra Tawan Dunia Kecantikan Rambut

Tip penjagaan: Reaksi alahan biasanya akan hilang dengan sendirinya jika anda boleh mengenal pasti dan mengelakkan bahan kimia yang anda alah.

2. Seborrheic Dermatitis

Penyebab paling biasa kulit kepala gatal adalah Seborrheic Dermatitis. Seborrheic Dermatitis merupakan keadaan kulit yang menyebabkan kelemumur. Ia adalah tindak balas keradangan kulit kepala terhadap pertumbuhan yis yang berlebihan.

Tip penjagaan: Untuk kes ringan, anda boleh mencuba syampu yang mengandungi selenium atau zink pyrithione. Bahan-bahan ini membantu mengawal yis. Jika berlarutan dan berlanjutan, anda seharusnya berjumpa pihak pakar.

3. Psoriasis

Psoriasis kulit kepala adalah penyakit autoimmune kronik yang menyebabkan tompok bersisik dan kemerah-merahan. Ia akan timbul pada kulit kepala dan dipanggil sebagai plaques. Tetapi masalah kulit kepala ini tidak akan boleh berjangkit daripada orang lain.

Tip penjagaan: Medicated shampoo yang mempunyai coal tar atau salicylic acid boleh membantu mengawal psoriasis kulit kepala di bawah kawalan.

4. Jerawat Di Kulit Kepala

Ya, anda boleh mendapat jerawat dan jeragat di kulit kepala anda. Ia boleh menyakitkan dan menyebabkan kegatalan. Jerawat di kulit kepala anda boleh mempunyai beberapa punca yang sama seperti jerawat di seluruh badan anda, termasuk peluh dan produk kecantikan.

See also
Sekitar Majlis Perkahwinan Anya Taylor-Joy Di Palazzo Pisani Moretta

Tip penjagaan: Anda boleh merawat masalah ini dengan membasuh rambut anda lebih kerap, terutamanya selepas anda berpeluh. Jika anda sedang mengalami masalah ini, anda harus mengelak daripada memakai topi atau mengikat rambut dengan ketat.

5. Kutu

Serangga kecil ini boleh menyerang kulit kepala sesiapa sahaja, bukan hanya kanak-kanak. Mereka sebenarnya lebih suka hidup dalam rambut yang bersih, bertentangan dengan andaian popular bahawa mempunyai kutu kepala adalah hasil daripada kebersihan yang tidak baik.

Jika anda melihat dengan teliti, anda boleh melihat telur kecil yang melekat pada helai rambut individu. Kutu dewasa bergerak di sekeliling kepala, tetapi ia lebih sukar untuk dikesan daripada nits.

Tip penjagaan: Mulakan dengan mencari syampu yang mengandungi pyrethrin atau permethrin. Setiap formula syampu kutu kepala mempunyai protokol rawatannya sendiri. Anda mesti mengikut arahan pada kotak dengan tepat untuk menghilangkan kutu.