Pengalaman Premium Bersama Mastercard - Glam Malaysia
Mastercard 01

Pengalaman Premium Bersama Mastercard

Mastercard memperkasakan Program Kad World dan World Elite bagi memanfaatkan rangkaian faedah dan pengalaman membeli-belah baharu buat para penggunanya di Malaysia.

Foto GETTY IMAGES

Program kad World Mastercard™ dan World Elite™ Mastercard® telah dipertingkatkan bagi menyediakan kemudahan buat para pengguna serta golongan elit di Malaysia dan di seluruh pelusuk Asia Tenggara. Tampil dengan pelbagai ganjaran eksklusif dalam menuruti keistimewaan gaya hidup dan pengalaman membeli-belah di rumah mahupun di luar; program kad ini turut menyediakan perincian keselamatan tambahan dengan ID Theft Protection™ yang membolehkan pemilik kad memantau secara proaktif langsung memberikan perlindungan yang mantap terhadap pemalsuan identiti.

Mastercard 02

Menurut tinjauan sulung Mastercard® yang dijalankan pada tahun 2021, pandemik mendorong orang ramai mengubah pandangan mereka mengenai cara hidup. Sebahagian besar pelanggan memfokuskan pemeliharaan penjagaan diri dengan mengutamakan kesejahteraan mental (85%), kesejahteraan emosi (83%) dan kesejahteraan fizikal (83%). Secara tidak langsung, rakyat Malaysia juga semakin peka buat kesihatan serta kesejahteraan mereka. Demikian, program kad World dan World Elite yang diperkasakan ini bakal menawarkan akses kepada pelbagai pengalaman, faedah serta perkhidmatan bagi memanfaatkan sepenuh kualiti kehidupan mereka dengan maksima.

See also
Bunga Citra Lestari Buka Lembaran Hidup Baru

Mastercard 03

Seperti mana yang kita ketahui, pembelian dalam talian semakin menjadi pilihan pengguna masa kini berbanding sebelum pandemik. Mastercard telah menjalinkan perkongsian baharu bagi memberikan tawaran menarik dengan peruncit dan kategori yang berkaitan. Pemegang kad boleh memanfaatkan sepenuhnya faedah seperti keahlian percuma satu tahun program Centr: By Chris Hemsworth; lantas memberikan pemegang kad World dan World Elite peluang mencapai matlamat kesihatan untuk tahun tersebut. Keperkasaan ini juga menyediakan pemegang kad World Elite untuk menerima servis sembang bersama doktor, telerunding dan penghantaran ubat tanpa had secara percuma yang disediakan oleh Allianz dan MyDoc.Mastercard 04

Pemegang kad World Elite yang juga meminati sukan golf bakal menikmati yuran hijau percuma di sebanyak 74 buah kelab golf premium di seluruh dunia; berserta diskaun 50% yuran hijau buat 42 buah kelab golf premium di Asia bagi pemegang kad World. Tambahan lagi, pelanggan boleh menikmati hidangan kegemaran mereka dengan tawaran sehingga lapan baucar GrabFood secara percuma. Di samping itu, turut berpeluang untuk membeli-belah dengan kod promosi eksklusif daripada Lazada.

See also
Jenama Gaya Hidup Milik 4 Bintang Asia Terkenal

Mastercard 05

Di saat sempadan negara kini sudah mula dibuka di seluruh Asia Tenggara, pengguna boleh menemukan penginapan idaman tatkala mereka melancong ke luar negara. Program kad World dan World Elite menawarkan tawaran percutian yang tersedia khusus bersama Agoda dan Klook. Program kad ini turut sama menyediakan akses ke ruang istirahat lapangan terbang dan juga perkhidmatan limosin.

Mastercard 06

“Pengguna hari ini melihat kesihatan dan kesejahteraan melalui spektrum yang lebih meluas dan lebih sofistikated. Ia merangkumi bukan sahaja kecergasan dan pemakanan malah berkait rapat dengan kesejahteraan fizikal dan juga mental secara keseluruhannya. Mastercard berbesar hati untuk menawarkan pemegang kad pelbagai kemudahan istimewa ini yang bakal membantu mereka menikmati lebih banyak pengalaman dan momen yang bermakna buat mereka,” kata Beena Pothen, Pengurus Negara, Malaysia dan Brunei, Mastercard.

Bersedia untuk merasai pengalaman yang tidak ternilai saat berlibur di kota mahupun kala mengembara? Manfaat ini ditawarkan secara eksklusif buat pemegang kad World dan World Elite. Untuk lebih info, klik di sini bagi mengetahui manfaat penuh program kad World dan World Elite.

See also
Kemangkatan Putera Philip: Apa Bakal Berlaku Dalam Tempoh Berkabung?

Pautan Berkaitan: 5 Destinasi Dunia Paling Colourful Untuk Di Kunjungi