Datin Nina Ismail Sabri Pandu Uji Volvo C40 Recharge Pure Electric

Datin Nina Ismail Sabri Pandu Uji Volvo C40 Recharge Pure Electric

Usahawan dan bintang media sosial, Datin Nina Ismail Sabri berkongsi pengalaman memandu uji Volvo C40 Recharge Pure Electric dari ibu kota ke Sekinchan.

Seksi, sofistikated dan bergaya merupakan tiga perkataan yang menggambarkan Volvo C40 Recharge Pure Electric menurut Datin Nina Ismail Sabri. Usahawan dan bintang media sosial itu berpeluang untuk memandu uji kereta SUV elektrik-sahaja yang pertama daripada Volvo Car Malaysia. Memulakan peluncuran elektrik dengan penuh gaya bersama Volvo C40 Recharge Pure Electric, Datin Nina juga berkesempatan mengikuti road trip bersama BFFs-nya ke Sekinchan yang boleh disaksikan di sini.

 

nina ismail sabri

 

Ikuti temu bual bersama usahawan dan personaliti media sosial, Datin Nina Ismail Sabri yang berkongsi pengalaman memandu uji Volvo C40 Recharge Pure Electric:

Apakah ‘first impression’ anda mengenai Volvo C40 Recharge Pure Electric?

First impression’ saya terus merasakan ia sebuah kereta yang seksi dan comel. Saiz yang sangat sesuai untuk pemanduan di bandar. Keseluruhan rekaan memberikan sisi yang seksi dan juga bold. Apabila saya memandu off-road, saya terkejut dengan tahap kelasakan dan bertapa mudahnya untuk mengawal kereta ini. Ia benar-benar menjangkaui jangkaan saya.

See also
Selamat Bernikah, Miller Khan Pilih Pereka Fesyen Sebagai Suri Hati

 

Gambarkan Volvo C40 Recharge Pure Electric dalam 3 perkataan?

Seksi, sofistikated dan bergaya.

 

Dari segi desain luaran, apakah yang perkara pertama yang menarik perhatian anda?

Saya suka akan rekaannya yang sleek, sofistikated dan seksi. Kereta yang sempuan buat wanita seperti saya yang mahu sesuatu yang feminin, dan cukup lasak untuk ke luar bandar. Cermin suria dan juga fungsi membuka bonet dengan kaki merupakan ciri tambahan yang saya suka. I suka setiap lekuk rekaan, dan saya merasakan ia direka dengan sangat sempurna.

 

Bagaimana pula bahagian dalaman kereta? Apakah desain yang paling menarik perhatian anda?

Cermin suria adalah kegemaran saya, dan apabila matahari terang saya tidak merasakan dari dalam kereta. Saya juga suka keseluruhan interface yang mesra pengguna. Sistem audio, sistem navigasi, kerusi yang selesa serta ruang yang luas, segalanya direka dengan penuh bijak.

 

volvo c40

 

Kongsikan pengalaman anda memandu Volvo C40 Recharge Pure Electric buat pertama kali?

Sangat diam, mudah dipandu dan enjin elektrik serta sistem regen menawarkan pengalaman pemanduan yang lancar. Saya berasa yakin memandu kereta ini terutamanya apabila memandu atas jalan raya yang sempit.

See also
Kanye West Ulas Kontroversi Balenciaga, Kim Kardashian Titip Pesanan

 

Apakah perbezaan memandu kereta elektrik berbanding kereta yang menggunakan enjin petrol?

Pastinya kereta elektrik mempunyai pecutan yang lebih laju, dan pemanduan terasa lebih laju. Saya juga boleh menyatakan ianya lebih smooth jika dibandingkan dengan kereta standard.

 

Pada pendapat anda, adakah Volvo C40 Recharge Pure Electric sesuai untuk wanita bekerjaya dan golongan ibu seperti anda?

Ya, ia dapat menjimatkan masa buat wanita dan ibu bekerjaya kerana tidak perlu untuk mengisi minyak di stesen petrol. Oleh itu, wanita akan berasa lebih selamat tanpa perlu keluar dan meninggalkan anak-anak di dalam kereta.

 

kereta elektrik

 

Kongsikan pengalaman mengecas kereta elektrik ini di rumah?

Surprisingly ianya sangat mudah dan dapat menjimatkan masa. Ia pengalaman yang tidak menyusahkan dan cepat, teruatamanya buat wanita dan ibu bekerjaya yang sentiasa on the go.

 

Pada pendapat anda, mengapa kereta elektrik merupakan masa hadapan sebenar dalam dunia automotif?

Dengan peningkatan 40% saban tahun, saya merasakan kereta elektrik kini adalah masa depan untuk dunia automotif. Salah satu sebab yang utama ialah ianya mesra alam, dapat menjimatkan masa dan sudah pasti dapat memberikan pengalaman pemanduan yang menyeronokan.

See also
Zaireen Iskandar Pandu Uji Volvo C40 Recharge Pure Electric Terbaharu

 

Secara keseluruahn, mengapakah Volvo C40 Recharge Pure Electric menjadi pilihan pertama dalam pemilihan kereta elektrik anda?

Sebagai wanita, sebab utama saya memilih kereta ini kerana desain luarannya yang seksi dan sofistikated. Juga saya merasakan ia mudah untuk diurus dan juga mudah untuk pemanduan. Hassle free and less stress!

 

 

Volvo C40 Recharge Pure Electric juga merupakan kenderaan elektrik yang dipasang sepenuhnya di Malaysia. Buat yang berminat untuk mencuba kereta berkuasa elektik terbaharu ini boleh membuat tempahan pandu uji melalui platform e-dagang Volvo Car Malaysia. Nikmati baucar pengecas dinding (wallbox) bernilai RM7,000 dan perlindungan insurans Volvo Car sehingga RM7,000 apabila anda daftar Volvo C40 Recharge Pure Electric atau mana-mana model kereta Volvo daripada 1 Mei sehingga 30 Jun 2023. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.volvocars.com/my atau ikuti Volvo Car Malaysia di Facebook http://bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram di http://bit.ly/VolvoMY-IG. 

*Tertakluk pada terma dan syarat

 

Foto: Aiman Yazid

Baca lebih lanjut: Elektrifikasi Volvo C40 Recharge Pure Electric Kini Bermula