'Road Trip' Yiu Lin Dan BFFs Bersama Volvo C40 Recharge Pure Electric

‘Road Trip’ Yiu Lin Dan BFFs Bersama Volvo C40 Recharge Pure Electric

Bintang media sosial dan juga usahawan fesyen, Yiu Lin mengembara ke Sekinchan dengan Volvo C40 Recharge Pure Electric bersama BFFs-nya untuk mencari destinasi berbuka puasa yang luar biasa.

‘Road trip’ merupakan aktiviti hujung minggu terbaik untuk mengeratkan persahabatan bersama keluarga dan rakan-rakan. Yiu Lin dan BFFs-nya, Datin Nina Ismail Sabri, Zaireen Iskandar serta Carey Ng melakukan road trip bersama untuk mencari destinasi berbuka puasa yang luar biasa di Sekinchan.

 

yiu lin

 

Bermula di ibu kota, bintang media sosial juga usahawan fesyen itu memulakan peluncuran elektrifikasi mereka yang penuh bergaya dengan Volvo C40 Recharge Pure Electric. SUV elektrik-sahaja daripada Volvo Car Malaysia ini bukan sahaja memberikan keselesaan maksima, ia juga mudah untuk pemanduan konvoi bersama yang lebih selamat.

 

Volvo C40 Recharge Pure Electric

volvo c40

 

Dalam perjalanan ke Sekinchan, mereka berhenti sebentar ke lokasi pengecasan bateri yang dikhaskan untuk kenderaan elektrik. Volvo C40 Recharge Pure Electric terbaharu ini menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya yang sesuai untuk pengembaraan jarak jauh. Ini kerana ia mempunyai keupayaan untuk bergerak sejauh 450 kilometer dalam satu cas sahaja. Pengecasan sehingga 80% boleh dicapai hanya dalam masa 28 minit*, membuatkan proses ini mudah dan pantas.

See also
Gaun Putih Natasha Hudson Cetus Kontroversi, Rizman Buka Mulut

Keseronokan kembara road trip ini diteruskan sehingga Yiu Lin dan rakan-rakannya tiba di Sekinchan. Mereka berhenti di jelapang padi yang merupakan lokasi yang wajib dilawati untuk merakamkan swafoto. Walaupun mereka melusuri jalanan off-road yang sempit di sekitar sawah padi itu, pemanduan bersama Volvo ini cukup mudah dan terkawal dengan bantuan teknologi keselamatan seperti kamera 360.

 

volvo c40

 

Sebelum ke destinasi akhir, mereka singgah ke gerai mangga yang terkenal untuk membeli buah tangan untuk dibawa pulang nanti. Lokasi berbuka puasa kali ini cukup istimewa. Yiu Lin bersama BFFs-nya meneruskan pemanduan ke Ninja Private Kitchen untuk menikmati juadah Ramadan sambil bersantai berlatarkan pemandangan matahari terbenam. Suasananya cukup luar biasa.

Pengalaman kembara road trip bersama rakan-rakan ini dapat mencipta memori istimewa yang tersendiri, terutamanya apabila kembara itu dipandu dengan Volvo C40 Recharge Pure Electric. Ia bukan sahaja menyeronokan, tapi ia turut dielektrifikasikan dengan kelancaran pemanduan yang menampilkan ciri keselamatan dan teknologi kelestarian alam terkini.

See also
 Selebriti Jayakan L’Oreal Colour For Life

 

ninja private kitchen

 

Volvo C40 Recharge Pure Electric merupakan SUV elektrik sepenuhnya yang dipasang secara tempatan di Malaysia. Buat yang berminat kepada kereta berkuasa elektik terbaharu ini, anda boleh membuat tempahan untuk pandu uji melalui laman web Volvo Car Malaysia atau layari www.volvocars.com/my untuk maklumat lebih lanjut.

 

 

*Masa pengecasan bergantung kepada faktor seperti suhu luar, suhu bateri semasa, peralatan pengecasan, keadaan bateri dan keadaan kereta.

 

Foto: Aiman Yazid

Baca lebih lanjut: Dr. Jezamine Lim Pandu Uji Volvo C40 Recharge Pure Electric