Dr. Jezamine Lim Pandu Uji Volvo C40 Recharge Pure Electric
Dr Jezamine Lim Volvo C40 Recharge Pure Electric

Dr. Jezamine Lim Pandu Uji Volvo C40 Recharge Pure Electric

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Personaliti media sosial, Dr. Jezamine Lim berkongsi pengalaman memandu uji Volvo C40 Recharge Pure Electric terbaharu di jalanan sekitar Kuala Lumpur.

Volvo Car Malaysia terus meluncur ke masa hadapan dengan melancarkan Volvo C40 Recharge Pure Electric yang terbaharu. SUV elektrik-sahaja pertama daripada Volvo Car Malaysia ini menampilkan inovasi desain yang future-forward dan kontemporari, selain menggunakan teknologi terkini untuk memenuhi visi kelestarian yang mapan. Ikuti temu bual bersama personaliti media sosial, Dr. Jezamine Lim yang berkongsi pengalaman memandu uji Volvo C40 Recharge Pure Electric di jalanan sekitar Kuala Lumpur:

 

Dr Jezamine Lim Volvo C40 Pure Electric Recharge

 

Apakah ‘first impression’ anda mengenai Volvo C40 Recharge Pure Electric?

Just how quiet it was inside the car while driving. Ia seperti enjin kereta yang belum dihidupkan lagi.

 

Gambarkan Volvo C40 Recharge Pure Electric dalam 3 perkataan?

Bergaya, smooth dan sangat selesa.

 

Dari segi desain luaran, apakah yang perkara pertama yang menarik perhatian anda?

See also
GLAM Mengiktiraf 5 Wanita Glamor di Malam Gala Most GLAM 2022

Sudah tentu bahagian belakang kereta, terutamanya desain lampu dan bonet kereta yang penuh gaya.