Kembara Shalma Ainaa di Resorts World Sentosa, Singapura - Glam Malaysia

Kembara Shalma Ainaa di Resorts World Sentosa, Singapura

GLAM membawa Shalma Ainaa terbang ke Singapura dan menyinggahi Resorts World Sentosa untuk merakam eksplorasi indah dia di sana. 

pengarah projek AMIRA AZMAN arahan seni AMIIRUL ARIFIN gambar SYAFIQ SAZALY video ZAKWAN TAUFIQ solekan & dandanan EZAD IBRAHIM pakaian KATE SPADE, MAJE, ZALORA

Percutian dua hari yang disaratkan dengan pelbagai pengembaraan menarik  lagi menyeronokkan di Pulau Sentosa ini sudah cukup memberi kenangan manis serta memori yang tidak dapat dilupakan kepada Shalma Ainaa sepanjang berada di Singapura. 

Taman tema air, pameran, restoran mewah, namakan sahaja, segalanya boleh anda temui di sini. Sebut sahaja Resorts World Sentosa, hati pasti jadi teruja. Manakan tidak, hari pertama Shalma Ainaa di pulau ini sudah dimeriahkan dengan aktiviti indoor seperti melawat S.E.A. Aquarium, menikmati hidangan mewah sambil menyaksikan pemandangan hidupan laut akuarium di Ocean Restaurant, dan kemudian disajikan lagi dengan menu masakan Thai daripada chef termuka di Soi Social. Hari kedua dimulakan dengan aktiviti suka ria di Universal Studios dan pameran Van Gogh: The Immersive Experience yang amat mengujakan.

Lokasi Mesti Kunjung Pilihan Shalma Ainaa di Resorts World Sentosa! 

Resorts World Sentosa

Pertama kali menjejakkan kaki ke S.E.A. Aquarium, Shalma tampil begitu terpesona dengan keindahan tempat ini yang dihiasi dengan pelbagai rupa bentuk akuarium berserta hidupan laut yang belum pernah dijumpainya. Anda juga harus mengunjungi S.E.A. Aquarium ini kerana ia merupakan salah satu akuarium terbesar di dunia yang menempatkan lebih daripada 100,000 hidupan laut yang mewakili 1,000 spesies merentasi lebih 40 habitat yang pelbagai. 

See also
Coach Cafe Pertama Di Dunia Dibuka Di Singapura

Shalma mencadangkan anda untuk merakam gambar memori di zon ‘Shipwreck’ , ‘Open Ocean Habitat’ dan ‘Apex Predators of The Sea’. Selain itu, jika anda datang pada waktu-waktu tertentu, jangan lepaskan peluang untuk sertai aktiviti dan program interaktif yang disediakan tempat ini untuk pengalaman yang lebih menakjubkan.

Jika anda melawati tempat ini, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung terus ke Ocean Restaurant. Menikmati pemandangan akuarium bersebelahan meja makan anda membuatkan pengalaman anda di restoran ini lebih istimewa. Tahukah anda, Ocean Restaurant ini merupakan restoran bawah air yang pertama dibina di Asia Tenggara? Bukan itu sahaja, hidangan mewah masakan moden Eropah ini juga diperbuat daripada seleksi makanan laut segar, hasil tempatan juga herba yang digunakan mereka adalah daripada hasil tanaman sendiri. Menakjubkan. Lihat sahaja Shalma, dia seronok mencuba menu 4 course untuk makan tengah hari ini.

Buat anda yang impikan keselesaan, pastikan anda menempah penginapan di Equarius Hotel. Terpegun dengan kamar bilik yang cukup luas dengan dekorasi dalaman yang mewah membuatkan Shalma berasa begitu selesa melabuhkan tubuh yang penat. Dengan pemandangan hijau-hijauan serta ruang balkoni yang lapang, buatkan diri rasa tenang saat berada di dalam bilik hotel ini.

See also
Raikan Tahun Baharu Cina Dengan MINI Countryman SE

Apakah percutian ke Singapura tanpa berkunjung ke Universal Studios, bukan? Tahukah anda Universal Studios Singapore adalah satu-satunya taman tema Universal Studios yang terdapat di Asia Tenggara. Jadi anda harus kunjung ke taman tema ini jika berpeluang. Bukan sahaja taman tema, anda turut boleh menikmati persembahan interaktif, berjumpa dengan beraneka karakter serta pelbagai lagi tarikan menarik yang diadaptasikan daripada filem-filem pecah panggung dan siri televisyen kegemaran ramai.

Jangan lepaskan peluang untuk sertai festival Universal Studios Singapore Halloween Horror Nights 11 sepanjang 29 September hingga 4 November 2023 ini. Bersiap sedia untuk mencuba aktiviti-aktiviti menggerunkan sepanjang festival dengan berkunjung ke lima buah rumah hantu yang disediakan, tiga ruang zon yang penuh kejutan, tonton juga dua persembahan secara langsung serta rasai pengalaman multi-sensory dining di sini. Lebih mengujakan, buat pertama kalinya, Universal Studios Singapore akan bekerjasama bersama kumpulan muzik hebat antarabangsa, The Weeknd, untuk membina salah sebuah rumah hantu (daripada lima buah di sini) dan bakal digelarkan sebagai ‘The Weeknd: After Hours Til Dawn Nightmare’ yang berinspirasikan daripada album studio kelima mereka, ‘Dawn FM’!

Puas berjalan seharian, teringin untuk menyegarkan tekak, kami cadangkan anda untuk mencuba sajian menu Thailand di restoran Soi Social. Saat Shalma di sana, dia sempat mencuba Goong Mang-Gern Yang, Ekkamai Fried Rice, Mango Sticky Rice dan pelbagai lagi.

See also
Libur - Kembara Eksplorasi Pulau Metropolis

Sebuah lagi lokasi menarik harus anda kunjungi di Resorts World Sentosa ini iaitu Van Gogh: The Immersive Experience. Jika anda terlepas untuk berkunjung di Malaysia beberapa bulan yang lalu, pastikan anda mengambil peluang ini untuk berkunjung ke pamerannya di Singapura! Di sini anda bakal merasai pengalaman multi sensori 360 darjah di mana seni bertemu VR dan kelilingi diri anda dengan lebih 300 karya seni milik artis terkenal Vincent Van Gogh.

Yang menarik lagi di pameran ini, anda akan melihat dua segmen unik dan istimewa yang hanya terdapat di pameran edisi Singapura dan ia juga merupakan kali pertama ditayangkan dan belum pernah dianjurkan di mana-mana pameran Van Gogh: The Immersive Experience sebelum ini. Sesudah menikmati galeri indah ini, jangan lupa untuk singgah ke kafe bertemanya dengan pilihan pemanis mulut eksklusif hanya di Singapura. Ini adalah antara lokasi kegemaran Shalma Ainaa, dan anda juga tidak mahu melepaskan peluang untuk ke sini! 

Untuk ketahui dengan lebih lanjut, layari laman rasmi Resorts World Singapore. 

 

Pautan Berkaitan: Resorts World Sentosa, Destinasi Percutian Paling Bermakna