Datin X: Puan Seri Tak Sedar Diri Bermenantukan Call Girl - Glam Malaysia
Datin X Puan Seri Tak Sedar Diri Bermenantukan Call Girl

Datin X: Puan Seri Tak Sedar Diri Bermenantukan Call Girl

Sibuk mengata suami, anak dan menantu orang lain tanpa berani memandang cermin, memperbetulkan diri. Puan Seri serik menerima menantu yang hanya cantik luaran tapi sebenarnya berperangai syaitan (call girl).

Siapa tak kenal Elman Razak, anak emas Puan Seri Dida Junaidah? Satu Malaysia terpanah petir bila isu Elman menikahi call girl tanpa si ibu kenal siapa sebenarnya menantunya itu. “Macam mana pula orang yang kuat canang cerita orang seperti Puan Seri Dida tidak tahu menahu langsung tentang status Zizi (menantunya)?” Ramai berasa pelik bila dia mengagung-agungkan menantunya itu. Macamlah teman-temannya tidak tahu ‘cerita’. Mereka hanya mampu terkedu tiada kata. Soalan yang diaju bertubi-tubi hanyalah kepada sesama sendiri dan sehingga kini tiada siapa pun berani bertanyakan hal itu sendiri kepada Puan Seri Dida.

Di majlis resepsi anak tunggalnya, Elman dan Zizi, Puan Seri Dida terlihat paling bahagia. Wajahnya yang baru disuntik susuk dan kulit muka nan licin tampil gebu mendapat tumpuan tetamu yang hadir. Maklumlah, dia punya wang berkepuk maka bolehlah menjamin rawatan seumur hidup. “Mengalahkan pengantin!,” seloroh Datin Sara kepadanya. Dia hanya tersenyum bangga namun tidak henti tersenyum setiap kali tetamu yang hadir memujimuji kecantikan menantunya yang tampil bak bidadari hari itu. Apatah lagi bila bergandingan bersama Elman, anak orang berada paling handsome di Kuala Lumpur!

See also
Datin X: Ibu Minta Belas Ihsan Anak Selepas Diceraikan

Kerana sering mengata orang dan menyebar fitnah tanpa usul periksa, Puan Seri Dida lupa untuk menyemak sendiri latar belakang menantunya. Zizi, seorang call girl yang aktif menjadi call girl sejak di bangku sekolah lagi dan menjadi semakin liar semasa menuntut di universiti. Yang jeliknya, dia menggunakan kebijaksanaannya itu untuk menggoda orang tua ganyut yang berpoket tebal sehingga menemani mereka ke mana sahaja (termasuk ke kamar tidur!) sematamata mahu memperoleh apa yang diingini.

Pautan berkaitan: DATIN X: Bela Anak Ikan, Suami Isteri Kantoi Right-Handed

Seorang wanita yang berperwatakan  menawan dan bijak, Zizi sebenarnya mampu mendapat segala yang diimpikan dengan usaha sendiri namun memilih untuk menjadi sebaliknya. Mengharapkan wang kotor dengan melakukan perbuatan terkutuk. Dia bangga bercerita kepada teman-teman bila mana diri dikejutkan dengan hadiah seperti tas tangan, kasut tumit tinggi dan busana mewah dari jenama terkenal dunia. Zizi diperkenalkan sebagai seorang business owner kepada seluruh keluarga. Punya butik pakaian sendiri ( yang sebenarnya dimodalkan suami ) dan sering memenuhi dada majalah dan portal-portal lokal dengan content mengenai kejayaan perniagaannya. Mudah sekali Puan Seri Dida terpukau dengan cerita duniawi sehingga lupa mahu mengenali hati budi dan latar belakang bakal menantu itu.

See also
Bual Cantik Bersama YBhg. To' Puan Syamim Mohd Farid

“Mereka semua ni jealous kerana Zizi tu cantik dan bijak. Kalau dia bukan menantu I, they all semua tak akan buat cerita fasal dia, kan?” soal Puan Seri Dida kepada Datin X. Tak sampai hati betul Datin X untuk mengiyakan segala tuduhan yang dimaksudkan orang itu adalah benar belaka. Puan Seri Dida amat yakin dan tidak mahu mendengar kata teman yang lain.

Artikel sepenuhnya di dalam GLAM SEP 2022

Ilustrasi: Hidayah Ahmad Surasa