Home > Personaliti > Tidak Rasa Tergugat- Tiz Zaqyah Percaya Kemantapan Lakonan Menjadi Pengukur
Tidak Rasa Tergugat- Tiz Zaqyah Percaya Kemantapan Lakonan Menjadi Pengukur
Penata Gaya: Suzie Adnan
Penyelaras: Zuhairie Sahrom
Arahan Seni: Ashura Hakim
Gambar: Eric/ Blink Studio
Solekan: Sheng Saw/shengsaw.com
Sorotan Lain
Dandanan: Bibian Leong/HAIRMENU
Menjadi pelakon nyata bukan profesion yang dihajati olehnya. Bermula dengan sekadar suka-suka Tiz Zaqyah membuka ruang masa depannya dengan berlakon. “Saya sendiri tidak menyangka penerimaan yang hebat daripada penonton dan semestinya Nur Kasih melonjak nama saya naik sehingga ke hari ini dan rezeki saya terus memihak di bidang ini. Pengarah, Kabir Bathia adalah insan yang bertanggungjawab dalam memberi tunjuk ajar, selain aktres-aktres senior,” ujar Tiz. Siapa yang boleh lupa akan gadis yang bernama Nur Amina. Satu Malaya ingin mendampinginya dan gandingan mantap bersama Remy Ishak akan senantiasa diingati.
Lepas satu drama bersiri, dia tampil dengan yang baru. Seolah-olah tiada penghujungnya. “Ramai yang ingat menjadi pelakon atau artis ini senang. Bersiap cantik, pakai baju mahal mahupun menghadiri acara-acara glamor. Acting has nothing to do with those. Dalam pada saya menerima tawaran berlakon, skrip adalah yang paling penting. Jalan penceritaannya perlu ada nilai moral untuk kita ambil iktibar. Memikul tanggungjawab sesebuah karakter itu bukan senang. Saya mahu bereksperimen dengan variasi watak. Tidak hanya mahu tertumpu pada satu. Saya perlu mempamerkan kebolehan yang saya ada dan terus belajar melalui kesilapan, tanpa rasa jemu.”
“Sememangnya kehidupan saya agak sibuk kerana penggambaran sesebuah drama itu banyak memakan masa. Kebiasaannya mengambil dua ke tiga bulan lamanya. Lantaran itu, saya terpaksa untuk tidak menerima apa-apa tawaran berlakon filem kerana khuatir jadual nya mungkin akan bercanggah. Bila berkata tentang kehadiran pelakon-pelakon baru yang muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan ini. Tiz berkata, “saya tidak pernah berasa resah dan tidak pernah menyifatkan kehadiran mereka akan menggugat rezeki saya di dalam bidang seni ini. Memasang niat yang baik itu penting untuk kesejahteraan masa hadapan. Hadirnya mereka ini memberikan warna juga setiap manusia itu berbeza. Saya percaya kemantapan lakonan masing-masing yang menjadi pengukur dan kami semua harus mengambil cabaran ini sebagai budaya saing yang positif.”
“Cabaran yang harus saya tempuhi sebagai pelakon adalah untuk menjinakkan diri dalam dunia perfileman yang nyata punya seribu satu kisah yang lain pula. Lebih banyak tekanan biarpun mungkin sesi penggambarannya agak singkat untuk dibandingkan dengan drama. Saya mahu mencuba seberapa banyak karakter yang mungkin dan keluar dari zon selesa saya sebagai pelakon. I don’t want to repeat the same thing if I want to improve myself. Buat masa sekarang, dunia teater tidak mungkin saya ceburi kerana punya stage fright dan tahap keyakinan yang tidak begitu tinggi.” Ujarnya sambil ketawa kecil.
Artikel Berkaitan
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjalanan IVF
BY Maya Kusuma
Feb 24, 2026
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim, Sherry &#...
BY Maya Kusuma
Feb 23, 2026
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di Sukan Oli...
BY Maya Kusuma
Feb 10, 2026
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha Timang Pu...
BY Maya Kusuma
Feb 09, 2026
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasangan Bukan Wa...
BY Maya Kusuma
Jan 27, 2026
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Bendahara
BY Maya Kusuma
Jan 02, 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Fesyen
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
BY Izzati Hailizam
Jul 08, 2026
Gaya Hidup
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
BY Izzati Hailizam
Jul 08, 2026
Fesyen
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
BY Syahirah Hussain
Jul 08, 2026
Fesyen
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
BY Marissa Suhaila
Jul 08, 2026
Fesyen
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
BY Tyraa Bahari
Jul 08, 2026
Gaya Hidup
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
BY Izzati Hailizam
Jul 08, 2026
Cantik
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
BY Tyraa Bahari
Jul 08, 2026
Cantik
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
BY Syafiqah Alkaf
Jul 08, 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Terima yang terbaik dari dunia Glam!
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.

