10 Filem Ikonik Lakonan Ryan Gosling - Glam Malaysia
10 Filem Ikonik Lakonan Ryan Gosling

10 Filem Ikonik Lakonan Ryan Gosling

Ryan Gosling dikenali sebagai salah seorang bintang paling versatil dalam dunia perfileman Hollywood.

Memulakan kerjaya seawal usia 13 tahun, dia mencipta nama sebagai bintang remaja menerusi rancangan The Mickey Mouse Club pada 1995. Aktor asal Kanada ini kemudiannya muncul dalam program Are You Afraid of the Dark pada tahun sama seterusnya Goosebumps pada tahun berikutnya.

Sejak itu Ryan tidak menoleh ke belakang. Dia membuat kemunculan pertama dalam filem menerusi The Believer pada 2001 dan meraih kemasyhuran daripada The Notebook pada 2004. Kini dia tersenarai sebagai salah seorang aktor paling disegani.

Tonton 10 karya terbaik lakonan Ryan Gosling

10. BLUE VALENTINE (2010)

Skor: 86%

Turut dibintangi oleh: Michelle WilliamsFaith WladykaJohn Doman

Sinopsis: Cindy dan Dean cuba mempertahankan ikatan perkahwinan yang retak menanti belah dan pada masa sama, membesarkan satu-satunya anak perempuan mereka.

9. FIRST MAN (2018)

Skor: 87%

Turut dibintangi oleh: Claire FoyJason ClarkeKyle Chandler

See also
Most GLAM 2022 : Anna Jobling Muncul Secantik Barbie!

Sinopsis: Neil Armstrong, juruterbang ujian NASA dan ahli pasukan Program Apollo perlu memikul tanggungjawab untuk mendarat dan menjayakan misi di bulan.

8. THE FALL GUY (2024)

Skor: 88%

Turut dibintangi oleh: Emily Blunt, Winston Duke, Aaron Taylor-Johnson

Sinopsis: Colt Seavers, pelakon lagak ngeri terlibat dalam filem arahan bekas teman wanitanya. Bagaimanapun masa depan filem itu mengundang tanda tanya apabila pelakon utama hilang dan Colt menawarkan diri untuk mencarinya.

7. BARBIE (2023)

filem ryan gosling

Skor: 88%

Turut dibintangi oleh: Margot RobbieRyan GoslingAmerica FerreraKate McKinnon

Sinopsis: Barbie dan Ken menjalani kehidupan berwarna-warni dan sempurna di Barbie Land. Apabila mendapat peluang pergi ke dunia nyata, mereka menyedari keseronokan dan bahana hidup di kalangan manusia.

6. BLADE RUNNER 2049 (2017)

filem ryan gosling
Skor: 88%

Turut dibintangi oleh: Harrison Ford, Ana de Armas, Jared Leto

Sinopsis: K, seorang pegawai yang bekerja dengan Jabatan Polis Los Angeles mencungkil rahsia yang boleh menimbulkan huru-hara. Demi menjayakan misinya, dia mencari bekas blade runner yang menghilangkan diri selama lebih tiga dekad.

See also
Pachinko, Prehistoric Planet dan The Morning Show Di Apple TV+!

5. THE BIG SHORT (2015)

filem ryan gosling

Skor: 89%

Turut dibintangi oleh: Steve CarellChristian BaleBrad Pitt 

Sinopsis: Pada pertengahan tahun 2000-an, beberapa pakar kewangan memerhati ketidakstabilan dalam pasaran perumahan Amerika Syarikat dan meramal keruntuhannya. Melalui penyelidikan, mereka menemui kelemahan dan rasuah yang bermaharajalela dalam sistem.

4. THE NICE GUYS (2016)

filem ryan gosling
Skor: 91%

Turut dibintangi oleh: Russell CroweRyan GoslingAngourie RiceMatt Bomer

Sinopsis: Penyiasat peribadi, Holland March dan penguatkuasa, Jackson Healy ditakdirkan bergabung tenaga untuk menyelesaikan misteri kehilangan seorang wanita muda bernama Amelia.

3. LA LA LAND (2016)

filem ryan gosling

Skor: 91%

Turut dibintangi oleh: Emma StoneJohn LegendRosemarie DeWitt

Sinopsis: Pemain piano, Sebastian dan kekasihnya Mia, seorang pelakon merupakan bintang yang berjaya dalam bidang masing-masing. Bagaimanapun mereka berdepan konflik apabila terpaksa membuat pilihan antara cinta dan kerjaya.

2. HALF NELSON (2006)

Skor: 91%

Turut dibintangi oleh: Shareeka EppsAnthony MackieDeborah Rush

See also
Imbas Pemergian 18 Selebriti Popular Sepanjang 2023

Sinopsis: Dan Dunne, seorang guru sejarah dan penagih dadah berkawan dengan pelajar berusia 13 tahun yang abangnya dipenjarakan kerana terlibat dengan najis dadah. Mereka menjalin persahabatan dan membantu menyelesaikan masalah satu sama lain.

1. DRIVE (2011)

Skor: 93%

Turut dibintangi oleh: Carey MulliganBryan CranstonAlbert Brooks

Sinopsis: Seorang pelakon lagak ngeri jatuh cinta dengan wanita bernama Irene yang sudah pun bergelar isteri kepada seorang penjenayah. Demi cinta, dia sanggup melanggar undang-undang untuk melindungi Irene daripada suaminya dan beberapa samseng lain.

Foto: GQ

Baca: 10 Filem Komedi Romantik Terbaik Di Netflix