Related Stories
Prada dan UNESCO telah menobatkan senarai pemenang buat program Pendidikan Sea Beyond yang dianjurkan untuk meningkatkan kesedaran kepada pemeliharaan dan kelestarian lautan di kalangan pelajar sekolah.
Kelestarian alam menjadi keutaman buat rumah fesyen hari ini. Label fesyen ikonik Itali, Prada tidak ketinggalan bersama-sama Intergovernmental Oceanographic Commission UNESCO menganjurkan program pendidikan Sea Beyond. Program untuk komuniti kreatif pelajar sekolah menengah dari seluruh dunia ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran kepada pemeliharaan dan kelestarian lautan.

Tempat pertama telah dinobatkan kepada Agrupamento de Escolas de Vialonga dari Lisbon, Portugal. Sekolah itu telah menghasilkan kartun pendek berjudul “Redes circulares: Cerco ao plástico no mar” (“Circular nets: a sea of plastic”), yang menonjolkan keadaan pencemaran plastik yang semakin kronik. Selain memberi ancaman kepada system eko lautan, kartun ini juga menunjukkan cara untuk mengumpulkan sampah plastik untuk dikitar semula nanti.

Antara tiga kempen yang teratas, tempat kedua dimenangi oleh Shanghai High School International Division dari Shanghai. Sekolah dari China itu telah menghasilkan permainan “Environopoly” yang dicipta untuk memberikan hiburan dan juga pendidikan mengenai persekitaran kepada pelajar. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Colegio Latino, Villahermosa, Tabasco dari Mexico yang menghasilkan kempen kesedaran berjuduk “Sea Beyond” yang didedikasikan kepada impak mikro-plastik kepada lautan.


Sea Beyond adalah hasil kerjasama antara Prada dan UNESCO, dianjurkan untuk memberikan pendidikan kepada generasi baharu dalam mengangkat tanggungjawab dan kesedaran diri terhadap lautan dan sumbernya. Ia turut dapat mempromosikan penggunaan mampan yang selari dengan United Nations 2030 Agenda dan kesemua 17 Sustainable Development Goals (SDGs).
Ketiga-tiga kempen yang terpilih ini boleh disaksikan di platform media sosial, selain juga di laman rasmi Prada dan UNESCO.
Foto: Prada
Baca lebih lanjut: ENIGMA: Permainan Digital Salvatore Ferragamo
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
