GLAM Deko Sajian – Tafsiran Menu Iitala
Gabungan Rekaan Produk dan Kulinari
Teks : Shahril Hadi Halim
Idea kreatif chef terkemuka, Najib Hamid dari Jibby East mencipta menu yang diinspirasikan dari produk jenama terkenal Iittala. Majlis yang dihadiri rakan media dan beberapa selebriti terkenal seperti Sazzy Falak dan Dynas Mokhtar adalah sebagai acara menandakan bermulanya era buat jenama ini di pasaran Malaysia.
Jenama yang bermula dari Finland sekitar abad ke 17 ini menampilkan pertukangan barangan berasaskan kaca untuk kegunaan kediaman. Rekaan produk yang ditampilkan menyerlahkan gaya estetik yang memukau selain mencipta rasa pada ruang yang dihiasinya. Antara rekaan yang ikonik buat jenama ini adalah Birds by Toikka. Oiva Toikka, seorang pereka barangan berasaskan kaca dari Finland telah menghasilkan sesuatu yang begitu terperinci mengikut ciri-ciri fozikal yang ada pada seekor burung. Hadir dalam 400 rekaan berbeza, ia diperbuat menggunakan tangan dan teknik tiupan.
Toikka turut menghasilkan rangkaian lain dibawah jenama Iittala yang dinamakan Kastehelmi yang menampilkan keindahan titisan embun pagi yang dijadikan paten untuk menghiasi pinggan dan mangkuk kaca rekaannya. ia mengangkat konsep membawa elemen luar ke ruang dalam kediaman. Pilihan warna yang ditawarkan turut klasik dan malar segar.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Solekan Selalu Bercapuk? Mungkin Ini Salahnya!
Jun 04, 2026
Lagree Megapro Kini Di Eden Social Club
Jun 04, 2026
‘Kombucha vs Matcha’ Minuman Wellness Yang Sesuai Untuk Beri Tenaga
Jun 04, 2026
Siri Netflix Buat Tontonan Hujung Minggu Anda
Jun 04, 2026
Wanita Mengejar Cita – Ummi Nasir, Tyra Kamaruzzaman & Kim May Chee
Jun 03, 2026
Sediakan Popcorn Anda, Ini Filem Terbaru Bulan Jun 2026
Jun 03, 2026
GLAM Weddings: Dua Lipa & Callum Turner
Jun 03, 2026
