Destinasi – Aiskrim Segar Semulajadi Crème De La Crème

Cuaca semakin hari semakin panas. Tiada yang lebih indah apabila di musim panas dapat menikmati kesejukkan aiskrim artisan yang diperbuat daripada bahan-bahan segar semulajadi oleh Crème De La Crème. Crème De La Crème menawarkan lebih daripada 18 perasa aiskrim dan sorbet segar dibuat sendiri oleh chef pastri terlatih oleh master of dessert terkenal dunia dari Australia, Christy Tania.

Anda perlu cuba perisa aiskrim dan sorbet berasaskan buah-buahan tempatan seperti Musang King, Dragon Fruit Strawberry Sorbet, Barley Lime dan Limau Assam Sorbet. Bagi penggemar aiskrim boleh cuba aiskrim Pandan Kaya Toast, Teh Tarik, French Earl Grey Boba dan Cerealicious antaranya. Setiap perisa sorbet dan aiskrim Crème De La Crème yang ada dibuat istimewa menggunakan 100 peratus bahan semulajadi dan segar tanpa pemanis, pengawet dan pewarna sekaligus menghasilkan rasa dan tesktur aiskrim bermutu, gebu dan halus.

Selain daripada ais krim, Crème De La Crème turut menawarkan Petits Gâteaux, kek aiskrim artistik. Setiap karya kek mempamerkan hasil seni yang indah dan rumit cukup instagrammable.
Butik aiskrim artisan, Crème De La Crème di Uptown Damansara (sebaris dengan bank Hong Leong).
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “Aging Beau...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & Tradisi
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggugah Keasli...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Hartanah
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
