Destinasi – Vitra Memilih Kuala Lumpur Sebagai Destinasi Kedua Jajahan Asia Tenggara
Vitra, jenama perabot yang diasaskan di Swiss sejak 1950. Reka bentuk perabot ikonik dari pereka Jean Prouve, Isamu Noguchi, Jasper Morrison, Verner Panton dan Barber & Osgerby antara nama besar yang menaungi di bawah payung Vitra. Vitra memilih Kuala Lumpur sebagai taklukan keduanya di rantau Asia Tenggara.

Antara sistem duduk yang dipemar membentuk ruang tamu bergaya moden kontemporari.
Vitra menggabungkan kepakaran teknikal dan konsep kreativiti pereka kontemporari dalam ciptaan perabot bermutu. Ruang pamer berkeluasan 200 meter persegi ini mempamerkan perabot untuk kepelbagaian gunaan ruang yakni ruang tamu, ruang makan dan ruang bekerja. Pengunjung boleh melihat sekali gus mencedok idea menerusi reka pelan dan susun atur ruang yang dibentuk menggunakan produk Vitra seperti sofa, kerusi berlengan, meja makan, meja konsol dan aksesori berkaitan.

Pemilik kediaman turut boleh memilih jenis material fabrik mengikut warna dan tekstur bersesuaian cita rasa dan konsep kediaman di Vitra.
Sofa Vlinder, kombinasi bentuk tipikal sofa kontemporari dibaluti fabrik eksklusif berteknologi tenun moden oleh pereka Belanda, Hella Jongerius antara produk utama dipamer. “Pembukaan ruang pamer pertama di Malaysia, kami menyediakan ruang buat pelanggan untuk mengalami barisan koleksi rekaan klasik dan kontemporari – yang mana mereka boleh mempelajari warisan dan nilai produk autentik. Ruang pamer Vitra juga menawarkan komuniti seni bina dan reka bentuk di Malaysia, untuk membangunkan projek bersama Vitra dalam sektor pejabat dan residensi,” jelas Nora Fehlbaum, Ketua Pegawai Eksekutif Vitra.

Kerusi ikonik Vegetal, Standard SP, .03 oleh Maarten Van Severan dan Organic Chair antara yang dipamer di Vitra Kuala Lumpur.
Ruang pamer ini dibina atas jalinan kerjasama Haus Living Concepts. Selain produk Vitra, pengunjung juga berpeluang mengenali produk dari Artek, Alvar Aalto dan Ronan & Erwan Bouroullec. Vitra di Haus Living Concepts, Jalan Maarof, Bangsar. www.vitra.com

Selain ruang kediaman, pengunjung boleh membina ruang kerja bergaya daripada rangkaian perabot dan aksesori Vitra.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “Aging Beau...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & Tradisi
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggugah Keasli...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Hartanah
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
