Idealogi Dunia Fesyen kepada Seni Reka Bentuk Industri
Menempa nama di pentas peragaan, kini nama-nama besar industri fesyen mula mendominasi industri seni reka bentuk. GLAM Deko membariskan antara nama – nama gergasi dunia fesyen yang berjaya menguasai dunia seni reka bentuk industri.
Koleksi Oriental Garden untuk musim bunga/ panas 2016 daripada Missoni Home
Missoni Home
Terkenal menerusi cetakan penuh grafik floral dan geometri; jejalur, kekotak dan chevron dalam nuansa pekat dan hangat. Missoni pernah meletuskan fenomena semulajadi menerusi koleksi Emme untuk kegunaan luar kediaman. Emme merangkumi perabot dempak yakni katil, sofa, otomen, bangku didatangkan bersama aksesori sepadan; bantal, poufs, gebar dan permaidani.
Rak berpintu dilitupi fabrik sutera di bahagian dalam oleh Fendi Casa
Fendi Casa
Bernafas dalam pertembungan ritma kotemporari, moden dan klasik, Fendi Casa ingin kehidupan seharian ditafsir, dialami dan dilihat mengikut pembawakan arus jenama ini. Unit perabot; sofa, kerusi, poufs, meja konsul, katil, katil siang dan aksesori lain diterbitkan mengikut lawan arah prinsip konvensional. Aksesori tekstil, hiasan dan objek tunggal dicipta unik dan wajar. Kesemua rangkaian koleksi Fendi Casa menjalani proses pembuatan di Itali.
Kenzo Maison banyak bermain warna – warna elegan berlatar polos untuk efek minimal elegan
Kenzo Maison
Dijelmakan berbeza dari arus seni reka bentuk lain, Kenzo Maison tampil lebih jelas, gelap, malar segar dan bersimetri. Warna-warna kelabu oak, hitam, coklat dalam perincian samaada legap, krom dan lakuer mentakrifkan struktur meja kopi. Koleksi dipertingkatkan dengan butiran berharga pada perabot dan barang-barang pelengkap menjelmakan kesan purba masa depan.
Suite Bently di hotel St. Regis, New York
Bentley Home
“Selama lebih 90 tahun, Bentley menghasilkan hiasan dalaman buat kereta buatan tangan terbaik dunia – kini kami bersedia membuat pendeketan sama untuk kediaman dan pejabat mewah,” beritahu Pengarah Produk dan Pemasaran Bentley Motors, Stefan Buescher. Bentley Home mencerminkan gaya asli elegan, prestij bercampur unsur tradisional dalam konteks kotemporari menerusi penggunaan bahan kulit, veneers, kayu, logam, keluli, sutera dan kaca. Bentley Home mempertingkatkan kediaman, pejabat, hotel, kapal layar dan jet peribadi bertepatan gaya hidup komersil hari ini.

Koleksi Left Bank, Ralph Lauren Home
Ralph Lauren Home
Bermula daripada pereka tali leher, jenama Ralph Lauren berusia 40 tahun kini menakluki keseluruhan gaya hidup lantas mencipta “Industri Kehidupan.” Selalu menceduk idea dan inspirasi berpaksikan kembara dan penelitian, Lauren memperkenalkan koleksi Left Bank di bawah naungan Ralph Lauren Home. Berilhamkan warisan seni kota cinta, Paris, Left Bank merangkumi aksesori dan perabot kediaman – memaparkan gabungan kepelbagaian gaya kasar ekletik Perancis abad ke – 19 kemudian berkembang melihat revolusi logam direlui dan digilap yang menjadi fenomena pada awal abad ke – 20 (Machine Age).
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “Aging Beau...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & Tradisi
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggugah Keasli...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Hartanah
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
