YM Puteri Afzan Shakira, Modern Day Princess

YM Puteri Afzan Shakira, Modern Day Princess

Menyelongkar diari PUTERI AFZAN SHAKIRA dalam meniti kehidupan diraja juga merentasi detik manis bergelar isteri dan bakal menjadi seorang ibu.

 

Saya kerap berselisih bahu dengan Puteri Afzan Shakira di majlis-majlis sosial ibu kota. Selalunya kami hanya sekadar ‘hi-hi’ dan ‘bye-bye’ sahaja di majlis. Mewawancaranya untuk muka depan GLAM isu Disember ini, saya berkesempatan untuk mengenali royalti jelita ini dengan lebih dekat. Walaupun berstatus cucu kepada Sultan Pahang, Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah, Puteri Afzan insan yang rendah hati. Saya senang berbicara dengannya. Banyak topik yang boleh disembangkan tanpa kekok.

 

PRINCESS DIARIES Kami mula berbicara mengenai salasilah keluarganya. Tekaan saya betul apabila Afzan mengakui dia punya darah campuran Mat Salleh. Nenek sebelah bapanya kacukan bangsa Armenia dan Wales. YM Puteri Afzan Shakira Nabila Kapten Datuk Mohamed Johan adalah cucu ke-12 kepada Sultan Pahang. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Sri Utama dan diikuti sekolah menengah di Kolej Tuanku Jaafar di Nilai. Sebaik tamat persekolahan, Afzan melanjutkan pengajian ke Universiti Lim Kok Wing, Cyber Jaya dalam jurusan Komunikasi Profesional.

 

Benarlah kata orang, keluarga diraja Pahang sangat dekat di hati rakyat negerinya. Dibesarkan dalam suasana mesra rakyat, Afzan mewarisi sifat datuk dan neneknya yang sering membantu golongan yang memerlukan. Perasaannya cepat tersentuh apabila melihat anak kecil yang tidak cukup makan dan minum. Sejak kecil, Afzan dilatih menderma makanan kepada rumah-rumah kebajikan anak-anak yatim. Dan pada setiap Jumaat yakni penghulu segala hari, Afzan pasti menyumbang kepada masjid. Puteri ini mendambakan masyarakat yang tidak diskriminasi tidak kira status, bangsa dan agama. “I have a vision of a perfect society with no corruption, no online bullying and no mistreatments of animals,” ujarnya prihatin. Dia juga berhasrat untuk mendirikan rumah kebajikan yang mampu memberi tempat berteduh buat gelandangan dan pastikan mereka mendapat makan minum dan pakaian yang secukupnya. “Saya selalu percaya rezeki yang dilimpahkan Allah SWT kepada kita bukanlah hak kita 100 peratus. Sebaliknya kita harus agihkan rezeki itu kepada yang memerlukan. You give what you get. Itulah rukun kemanusian.”

 

Bagaimana kehidupan di istana hari ini? Saja saya mahu mengorek cerita. Afzan tersenyum mendengar soalan saya. Katanya dia cuma akan pastikan dalam seminggu, dua hingga tiga kali dia akan melawat datuknya. Mengimbas kenangan lampau, kata Afzan, beg tangan Chanel pertama adalah pemberian dari datuknya. Selain dihadiahkan beg Chanel biru kulit patent, Afzan juga menerima sebentuk cincin Chopard. Daripada situlah berputiknya rasa cinta pada jenama Perancis itu sehinggalah ke hari ini. “Yes, he’s a King, but to me he will always be my Tok Ayang (nama panggilan Afzan kepada datuknya). Paling seronok apabila kami cucu-cucu mendengar Tok Ayang menyanyi lagu Melayu klasik lama dan lagu-lagu Frank Sinatra. It’s like our favourite ritual to hear him singing especially when we’re in Pekan, Pahang.”

See also
GLAM Profil: Gillian Hung

 

Afzan berkongsi kisah di istana. Segala protokol tidak menjadi masalah buat dirinya kerana sejak kecil lagi dia sudah diasuh oleh bondanya, YAM Tengku Puteri Sri Kemala Tengku Aishah mengenai adat istiadat. “As a princess one should always have a certain class or to be demure, especially in the Istana. It is just not proper to behave otherwise in front of a king even though he is family. Itulah pesan ibu sejak kami kecil lagi dan saya simpan kemas di sanubari,” katanya penuh santun.

 

Siapa yang mengenali Afzan, pasti akan menggelarnya ‘The Fashion Princess’. Citarasanya pada fesyen mendapat perhatian ramai. Pada tahun 2014, Afzan terbabit dengan projek media sosial untuk KLFW. Dia banyak merencana kerja-kerja di sebalik tabir dan memuat naik gambar sewaktu di back stage, fitting baju, model bersama pereka dan banyak lagi di Instagram KLFW dari semasa ke semasa. Ia umpama melaporkan apa yang terjadi sepanjang minggu fesyen itu secara langsung. Ternyata kenangan itu membuatkan Afzan lebih mengerti rencah kehidupan di belakang tabir sesebuah pertunjukan fesyen.Tuah menyambar dirinya apabila pada 2015 dia dilantik sebagai duta KLFW. Sepanjang minggu fesyen itu Afzan disarungkan dengan helaian daripada pereka-pereka yang terbabit untuk KLFW. “Sewaktu bergelar duta KLFW, I was more the face of KLFW, getting hair, make up and outfits sponsored by designers. Also interacting with our invited bloggers. Satu pengalaman yang bermakna buat saya.”

 

Dan buat masa ini, wanita berusia 26 ini masih berfikir untuk kerjaya yang paling sesuai buat dirinya. Dia mahu bekerja dalam bidang yang benar-benar dia cinta seperti mana ibunya yang amat berdedikasi dalam soal kerja. Afzan berbicara dari hati ke hati apabila saya sentuh perihal kedua ibu bapanya.

 

“Dek kerana ayah dan ibu berpisah sewaktu saya masih kecil, ibulah yang banyak memainkan peranan dalam membesarkan kami adik-beradik. Ibu inspirasi saya. She is very driven and if she wants something she will not stop until she gets it. Saya amat beremosi apabila saat sebelum saya nikah, ayah bertemu dengan saya dan kami duduk di satu bilik untuk meluahkan perasaan rindu antara satu sama lain. I feel my father and I have never been the type to be able to express how we are feeling and that day, I think we broke down those walls.”

 

Melayari kehidupan sehari tuan puteri ini, gaya hidupnya tertumpu untuk waktu kualiti khusus buat dirinya.Tentu sekali antara jadualnya diisi ke spa-spa mewah untuk memanjakan diri dan berburu di butik-butik. Kalau sudah keluar bershopping mana mungkin dia pulang dengan tangan kosong. Ada sahaja yang berkenan di hati. Itulah lumrah wanita dan Afzan tidak terkecuali memiliki nafsu membeli dan rambang mata kala di butik. Ditanya apa helaian yang termahal dibeli sempena penutup tahun ini, pantas dia berbisik kepada saya, “My mum is going to be mad at me if she reads this, a Dior Homme bomber jacket for 14k!”

See also
Most GLAM 2017, Meet Society's Most Glamorous Achievers, Nora Khalid Bersama 10 Lagi Jelitawan Berjaya

 

Jika ada kelapangan, Afzan gemar ke luar negara. London umpama rumah kedua buatnya. Dari kecil lagi dia pasti akan bercuti ke sana bersama kakaknya, Tunku Datuk Syazwan Kaiyisah dan abangnya, Datuk Indera Tun Putera Ahmad Aizuddin Shah kerana mereka memiliki kediaman keluarga di Sunningdale berdekatan dengan Virginia Water, London. Kini jika ke London, Afzan akan menginap di flat Campden Hill Court, juga milik keluarganya. Pun begitu, dia akui selepas berumah tangga dia kerap menghabiskan masa di rumah. “Kalau di rumah, Furgie (nama kucingnya) menjadi peneman saya kala menonton siri kegemaran saya antaranya American Horror Story, Fresh off the Boat, Modern Family, Daredevil, Unbreakable Kimmy Schmidt, Brooklyn Nine Nine, The Big Bang Theory, Stranger Things, Luke Cage, Exorcist, Westworld… I could go on and on but I’ll stop there! Haha! Sabtu dan Ahad adalah hari saya berdating dengan suami. Usually our weekdays and weekends are family events such as birthdays or just catch up dinners,” ujarnya lagi.

 

STILL IN HONEYMOON PHASE Seluruh ibu kota sepertikan terpukau dengan majlis perkahwinan Puteri Afzan Shakira dengan pasangannya, Khairul Fahmy, 30. Berlangsung di Grand Hyatt pada tahun lepas, resepsi cukup gah bak fairytale wedding. Persiapan yang begitu indah dan sempurna hasil dekorasi Datuk Rizalman, bahkan Afzan sendiri begitu ayu menyarung adibusana Rizalman pada hari bersejarahnya. “I felt like a queen on my wedding day. Majlis perkahwinan itu adalah hadiah yang paling bermakna daripada ibu saya. Kerana dialah yang mengatur majlis perkahwinan saya dari awal hinggalah akhir. Everything was perfect!”

 

Sinar wajahnya memancarkan cahaya cinta tatkala berbual mengenai rumah tangganya. Perasaan bahagia Afzan bergelar isteri jelas tergambar lewat perbualan kami. Mula mengenali Fahmy pada satu perlawanan terbuka futsal, waktu itu Afzan tidak ada menyimpan perasaan apa-apa pun padanya sehinggalah setahun kemudian Fahmy menghubungi Afzan melalui Facebook. Daripada situ mereka mula mengenali hati budi masing-masing dan melihatkan keikhlasan Fahmy, Afzan tidak ragu-ragu untuk menerima jejaka tampan ini sebagai kekasihnya. Perkenalan singkat ini terus dibawa ke jenjang pelamin. Fahmy yang menjawat jawatan selaku Pengurus Kanan dalam pelaburan perbankan di sebuah bank tempatan ini pada mulanya tidak tahu menahu mengenai status keluarga Afzan. Sehinggalah setelah hubungan semakin serius, Afzan memberitahu mengenai keluarganya.

 

“Alhamdulillah, suami saya senang belajar protokol di istana. Walaupun pertama kali masuk istana dia berasa gugup, tetapi dia berjaya bergaul baik dengan saudara mara saya di sana. When he walked into a room he could speak to anyone and everyone and at the end of the day, he became friends with everybody. To me, my husband is perfect. Haha! Keluarga adalah keutamaannya. Dan orangnya lucu, sering membuat saya ketawa dengan telatah dan lawaknya,” jelas Afzan mengenai suaminya.

See also
Who Wear What at Most GLAM 2016?

 

Afzan juga menggambarkan Fahmy seorang yang sangat kuat bekerja membuatkan dia teringat akan ibunya yang turut gigih bekerja untuk keluarga dengan menjalankan perusahaan keluarga yakni TAS Industries. Salah satu cabang perniagaannya adalah membawa masuk franchise restoran Chili’s di Malaysia. Kegigihan Fahmy dalam mencari rezeki untuk keluarganya membuatkan Afzan bertambah sayang padanya.

 

Puteri Afzan kini berguru dengan ibu mertuanya yang begitu handal di dapur. Istimewanya ibu mertua Afzan, Azizi Harun, dia hanya memasak masakan menggunakan bahan-bahan yang segar sahaja. “Jujurnya saya tidak gemar makanan Melayu, tetapi hidangan ibu mertua membuatkan saya akan menambah nasi! And I can understand why my husband wants that from me but I think for now, we will just go to his parents’ house and eat her amazing food,” ujarnya berseloroh pada saya dan berjanji untuk mempertajamkan skil masakannya.

 

Apa perkara paling romantis yang pernah Fahmy lakukan? “Pada ulang tahun pertama perkahwinan kami, dia mahu membuat kejutan pada saya dengan menghadiahkan cincin yang saya suka dan dia tidak tahu saiz jari saya. So he took one of my rings that I usually wear to check for the size. Tuhan saja tahu betapa saya sedih apabila saya puas mencari cincin kahwin saya tetapi masih hilang. Dan dia pula selamba sahaja berkata yang cincin itu mesti ada di rumah dan tidak hilang. In the end when he came home from work he gave me my ring back and told me I had ruined the surprise! Menerima hadiah cincin idaman saya ternyata melakar kenangan indah buat diri ini.”

 

Setelah setahun membina kehidupan sebagai suami isteri, Afzan dan Fahmy dibuai perasaan indah apabila mendapat tahu Afzan kini hamil. “I can honestly say for me, my life begun after I got married. I mean they say the first year of your marriage will test you but Alhamdulilah it has been a year already and I think we are still in the honeymoon phase. Dan kami tidak sabar untuk menerima kehadiran orang baru bagi melengkapkan keluarga kecil kami. Doakan saya dimurahkan rezeki dengan beberapa lagi cahaya mata ya!” ujarnya penuh berharap sambil menggenggam erat tangan saya sebelum kami mengakhiri bicara pada hari itu.

 

Dipetik daripada GLAM Malaysia Isu Disember 2016