Sejarah Keluarga Diraja Pahang Terdahulu Mengujakan

Sejarah Keluarga Diraja Pahang Terdahulu Mengujakan YM Puteri Muna

Berstatus cucunda kepada Sultan Pahang, Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah, namun dia tampil ringkas dan ramah sentiasa.

 

Terutama saat bertembung di pusat senaman Xclusive Fitnesz, YM Puteri Munawarah Syammiyah, 29, pasti tidak lokek melemparkan senyuman manisnya. Peluang bersenam tidak dilepaskan walaupun sibuk menguruskan syarikatnya sendiri, Kafe Collective yang ditubuhkan sejak Ogos 2015.

 
[envira-gallery id=”68566″]

Puteri Muna ini juga ikut serta di dalam program amal GLAM HEART hujung bulan ini. Kunjungan ke wad kanak-kanak yang menghidap penyakit kronik bakal dilakukan. Komitmen sepertinya kerap dilakukan terutama kepada badan kebajian BAKASA (Badan Amal Kasih Sayang) yang ditubuhkan bondanya, YAM Tengku Puteri Seri Teja Pahang Hajjah Tengku Muhaini Binti Sultan Haji Ahmad Shah.

 

Membaca perihal Puteri Muna menerusi majalah GLAM, pastinya kamu ingin mengetahui lebih mendalam, terutama sebalik kehidupannya bersama keluarga diraja. Ikuti temu bual eksklusif kami bersama Puteri Muna.

See also
Ryan Reynolds Dianugerahkan Bintangnya Sendiri

 
Bagaimana perasaan menjadi sebahagian keluarga diraja?
 

Seperti keluarga lain, saya bersyukur jadi sebahagian keluarga ini yang sangat menyokong saya, penyayang dan mengambil berat. Saya rapat dengan keluarga dari adik-beradik, sepupu dan makcik-makcik. Dinamik keluarga kami kuat dan untuk itu saya sangat bersyukur.

 
[envira-gallery id=”68611″]

Bagaimana kamu dibesarkan?
 

Sejujurnya, saya dibesarkan sama sahaja dengan kebanyakan ramai. Saya diajar untuk berusaha dalam mendapatkan apa-apa, kerja keras untuk kehidupan, sentiasa rendah diri dan jujur dengan kepercayaan kami. Tidak perlu bermegah dengan status dan sentiasa membantu orang memerlukan.

 
Apakah paling mengujakan sebagai keluarga diraja?
 

Saya boleh katakan, sejarah silam keluarga yang disampaikan kepada kami daripada ahli keluarga sebelumnya. Waktu mengubah segala-galanya dan semestinya nilai hierarchy dan warisan tingkat tertinggi terdahulu yang pernah dilalui oleh ibu bapa dan datuk nenek sangat berbeza. Begitupun, kami bersyukur kerana dapat mendengar cerita dan pengalaman mereka.

 
[envira-gallery id=”68546″]

Berikan 5 fakta menarik mengenai keluarga diraja;

  1. We are a loud bunch, lol.
  2. Sering makan bersama-sama.
  3. Suka melancong bersama-sama.
  4. Kami suka melakukan apa sahaja bersama-sama.
  5. Kami suka menyanyi, lol.
See also
Jelingan Jadi Tumpuan, Ini Dia Fakta-Fakta Menarik Tentang Tengku Puteri Afzan

 

Sebagai kerabat diraja, adakah kamu rasa lebih bertangungjawab kepada orang awam?
 

Sebagai insan secara umumnya saya rasa bertanggungjawab, terutama untuk menyumbang semula, di mana dan bagaimana melakukannya buat mereka yang memerlukan.