Nampaknya ramai yang mengambil peluang untuk melangsungkan perkahwinan pada bulan Februari tahun ini, menyaksikan susunan tarikh yang cantik, kenangan hari penyatuan dua jiwa pasti tidak akan mudah luput dalam fikiran. Selain para selebriti tanah air seperti Zahirah MacWilson dan pasangan Aiman Hakim Ridza, Emma Maembong dan pasangan, cucu Tun Dr Mahathir Mohammad yang juga anak kepada Mukhriz Mahathir, iaitu Ally Mukhriz turut melangsungkan perkahwinan pada 21 Februari yang lalu.

Ally atau nama penuhnya Meera Alyanna Mukhriz, anak sulung kepada Menteri Besar Kedah, Dato Seri Mukhriz Mahathir dan isteri Tok Puan Norzieta Zakaria disatukan bersama pasangannya Ezran Daud Cheah dalam satu majlis akad nikah di Kuala Lumpur pada 20 Februari hanya dengan sekali lafaz. Kelihatan kedua-duanya segak dengan persalinan putih, di samping kehadiran Tun M dan isteri Tun Dr Siti Hasmah, Mukhriz dan isteri turut berkesempatan bergambar bersama.
BACA JUGA: Di Sekitar Majlis Pertunangan Cucu Tun Mahathir, Ally Mukhriz Bersama Pilihan Hati


Menerusi hantaran-hantaran gambar di ruang Instagram, Ally berkongsi beberapa foto perkahwinan untuk tatapan umum. Khabarnya, majlis persandingan bukan sahaja dirangka jurukhidmat perancangan acara, namun turut dirancang bersama dengan ahli keluarga. Malah pada majlis persandingan mereka, turut dihadiri Duli Yang Maha Mulia Baginda Yang Dipertuan Agong, serta ahli-ahli politik dan sosialit lain. Dato’ Sri Siti Nurhaliza juga hadir memeriahkan majlis di samping membuat persembahan buat kedua mempelai. Jom saksikan momen-momen manis persandingan Ally Mukhriz dan pasangan. GLAM doakan semoga berbahagia hingga ke jannah.

Artikel Berkaitan
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjalanan IVF
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim, Sherry &#...
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di Sukan Oli...
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha Timang Pu...
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasangan Bukan Wa...
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Bendahara
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
