fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
5 Wanita Hebat Yang Mengatasi Suami Mereka Sendiri
Azura Abas Sukses Di Usia Muda Menerusi Sains
Parti Tahunan Style Rocks Kolaborasi The Melium Group x MIGF
Anggun Dengan Sifat Keibuan, Ini 10 Fakta Menarik Tentang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
10 Soalan Bersama Low Ngai Yuen
Home > Personaliti > Rihanna Is Officially Back In The Market!

Rihanna Is Officially Back In The Market!

Selain single dan album terbarunya, ramai peminat-peminat Rihanna ternanti-nantikan bila agaknya penyanyi, pelakon, usahawan dan ikon fesyen ini bakal menamatkan zaman bujangnya. Walau pernah melalui beberapa siri hubungan yang tidak menjadi, seperti bersama Chris Brown dan lain-lain, Rihanna sentiasa cuba untuk memprivasikan status hubungannya namun mudah dihidu oleh pihak media.

Jika sebelum ini, Rihanna dikhabarkan sedang hangat menjalinkan hubungan cinta bersama jutawan Arab Saudi, Hassan Jameel namun baru-baru ini khabarnya hubungan mereka berantakkan dan Rihanna, kembali solo!

Menurut laporan JustJared, selepas menjalinkan hubungan selama tiga tahun lama, Rihanna yang berusia 31 tahun ini pernah mengakui sudah bersedia untuk dilamar dan menjadi isteri, dan ibu kepada anak-anak jutawan tampan itu. Namun, malangnya, jodoh mereka tidak sampai dan sudah pasti peminat mengharapkan Rihanna menemui cinta agungnya suatu hari nanti. Namun apa benar khabarnya Rihanna kini sedang intim dengan seorang rapper iaitu ASAP Rocky? If it’s true, all the best you Rihanna! 

Gambar intim Rihanna bersama ASAP Rocky yang tular di media-media sosial.