fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Pasangan Selebriti Yang Dijodohkan Oleh Rakan Baik
Ralph Lauren Home Mempersembahkan Koleksi Rumah Modern Driver
Rihanna, Bilionair Wanita Termuda Amerika Syarikat
Will Smith Dedah Impak ‘Oscar Slap’ Terhadap Filem Emancipation
Seit 1898; Retrospektif Rimowa Mendarat Di Tokyo

Viola Davis Dedah Peluang Lakonannya Terhad Kerana Berkulit Hitam

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Pelakon How To Get Away With Murder itu menambah, sewaktu bergelar pelajar seni di Julliard, dia tidak pernah diberi peluang membuat sebarang persembahan teater hasil karangan Wilson yang terkenal dengan 10 karya mengenai orang Afrika-Amerika pada abad ke-20.

“Tidak bermakna saya tidak menghargai ilmu yang diperolehi ketika belajar di sana, namun saya tidak mempunyai rasa kekitaan. Ia mengajar teater Eurosentrik klasik seperti mengajar Bible – dan untuk gadis berkulit hitam dengan rambut kerinting seperti saya, memang tiada peluang,” jelasnya.

Davis menambah, “Untuk membuat persembahan dalam karya Shakespeare, George Bernard Shaw atau Eugene O’Neill, saya berasa seperti harus menghilangkan susur galur kulit hitam daripada diri saya. Saya berfikir, bagusnya jika penonton boleh lupa bahawa saya wanita berkulit hitam.”

Dia kemudian memenangi Tony Awards untuk persembahannya dalam salah satu karya Wilson berjudul King Hedley II, dan Academy Award untuk lakonannya dalam filem adaptasi menyentuh hati, Fences yang juga merupakan karya Wilson.

Image result for viola davis fences
Filem Fences

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse