Angelina Jolie Pecah Rekod Instagram Dengan Mesej Penuh Emosi - Page 2 of 3 - Glam Malaysia
Angelina Jolie Pecah Rekod Instagram Dengan Mesej Penuh Emosi

Angelina Jolie Pecah Rekod Instagram Dengan Mesej Penuh Emosi

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

“Saya menerima kiriman surat ini daripada seorang gadis remaja di Afghanistan. Sekarang ini penduduk negara itu hilang kemampuan untuk berkomunikasi di media sosial dan mengekpresi diri secara bebas. Justeru saya menyertai Instagram untuk berkongsi kisah dan suara mereka yang sedang memperjuangkan hak asasi manusia di seluruh dunia,” tulisnya di ruangan kapsyen.

“Saya berada di sempadan Afghanistan dua minggu sebelum kejadian 9/11, di situ saya bertemu pelarian Afghan yang melarikan diri daripada Taliban. Ini kisah 20 tahun lalu. Amat menyedihkan melihat penduduk negara itu dipindahkan sekali lagi kerana ketakutan dan ketidakpastian yang mencengkam negara mereka.

“Banyak wang dan masa dibazirkan, tumpahan darah dan nyawa dikorbankan, namun akhirnya ini yang berlaku. Kegagalan ini hampir mustahil untuk difahami,” tambahnya.