Wanita GLAM Akui Mercedes-Benz C-Class Pilihan Mobil Sedan Sempurna - Glam Malaysia
Wanita GLAM Akui Mercedes-Benz C-Class Pilihan Mobil Sedan Sempurna

Wanita GLAM Akui Mercedes-Benz C-Class Pilihan Mobil Sedan Sempurna

Definisi keselesaan berpanjangan! Varian baharu untuk siri C-Class cetus pengalaman menakjubkan terutama dalam kalangan wanita.

Mercedes-Benz C Class

Mercedes-Benz jenama premium dunia automotif meneruskan legasi pembuatan kenderaan serba inovatif, berkonsepkan gaya hidup masa kini. Keunikan varian baharu buat siri C-Class ini adalah pemasangan dilaksanakan secara tempatan yang digelar sebagai uniy CKD. GLAM melakukan test-drive untuk beberapa siri berlainan ternyata setiap mobilnya punya kelebihan yang berbeza. Mercedes-Benz C-Class yang hadir dalam unit CKD boleh didapati dalam dua varian iaitu C 200 Avantgarde Line dan C 300 AMG Line.

Mercedes Benz C 200

Keselesaan melampaui batas! Seperti anda memandu dalam dunia fantasi. Sedan kompak premium ini menjanjikan kepuasan maksima daripada pemanduan hinggalah keselesaan dalaman. C-Class baharu membawa kemewahan S-Class. Menarik perhatian GLAM adalah skrin sentuh yang menampilkan saiz skrin 12.3 dalam resolusi tinggi yang kelihatan terapung di atas hamparan trim yang dicondong sedikit ke arah pemandu menambah fokus pemanduan.

Sejauh mana perjalanan terasa selamat dan yakin kala memandu Mercedes-Benz C-Class!

Sisipan krom berkualiti tinggi membahagikan konsol tengah kepada bahagian belakang cetus perbezaan. Jangan lupa, Merc’s untuk menyeru voice assistant ‘Hey Mercedes’ yang tular di laman sosial. Walaupun bukan Alexa, namun ini merupakan cara paling selamata untuk mengendalikan sistem semasa anda memandu. Kemas-kini data agar sistem menjadi lebih baik seiring dengan masa.

See also
10 Soalan Bersama Low Ngai Yuen

Mercedes Benz C 300

Kenderaan ini dilengkapi dengan MBUX generasi terbaru (NTG 7) dengan MBUX Navigation Premium. Di bahagian pemandu mempunyai skrin LCD resolusi tinggi. Paparan tengah dengan kawalan sentuh, yang condong sedikit ke arah pemandu ialah 11.9 inci. Dalam kombinasi dengan ini, paparan pemandu berukuran 12.3 inci. Papan pemuka dibahagikan kepada bahagian atas dan bawah. Antara highlights yang menarik termasuklah pencegas telefon bimbit tanpa wayar di bahagian depan, pengimbas cap jari, dan pencahayaan ambien premium.

Sejauh mana perjalanan terasa selamat dan yakin kala memandu Mercedes-Benz C-Class. Bahagian luaran dimodenkan dan dipertingkatkan elemen dengan reka bentuk sporty melengkapi rekaan dalaman yang mengambil sorotan daripada S-Class agar kelihatan lebih sporty dan moden. Bahagian hadapan gah dengan jeriji radiator yang berbeza mengikut varian. Seperti C 200 dilengkapi dengan ciri-ciri Avantgarde termasuklah jeriji radiator lebih elegan dalam aluminium dan rom berkilat. Tambahan standard seperti rim aloi lima-jejari 18 inci.

Ciri yang membezakan C 300 adalah terletak pada bahagian luar AMG line iaitu corak jeriji Mercedez-Benza dipadukan dalam krom. Juga sebagai ekspresif utama buat AMG Line yang memberikan bahagian luar C-Class lebih ekslusif dan sporty. Rim aloi berbilang jejari AMG 19-inci. Paling menjadi tumpuan GLAM kala melakukan test-drive untuk C 300 adalah bumbung panaromik dan lampu hadapan LED Berprestasi Tinggi dengan Adaptive High Beam Assist. Percayalah sewaktu anda memandu di tengah malam tiada lampu jalan terutama di tengah-tengah highway, lampu LED penyelamat utama! Reka bentuk but dan bahagian belakang adalah tipikal untuk varian sedan Mercedes-Benz

Artikel berkaitan Mercedes-Benz A-Class Sedan, Mewah Pemasangan Dalam Negara