Mercedes-Benz A-Class Sedan, Mewah Pemasangan Dalam Negara
Mengukuhkan jejak tempatannya, Mercedes-Benz memperkenalkan kereta baharu yang lebih pintar, Mercedes-Benz A-Class Sedan kini dipasang secara tempatan.
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) menampilkan A-Class Sedan baharu yang dipasang dalam Negara, di Malaysia. Menetapkan piawaian dalam segmen automotif tempatan, Sedan A-Class baharu boleh didapati dalam dua varian iaitu Mercedes-Benz A 200 Progressive Line dan Mercedes-Benz A 250 AMG Line. Dan ini membuktikan Mercedes-Benz sekali lagi hadir dengan penampilan yang lebih canggih, sedan kompak ini menampilkan gaya sporty pada reka bentuk tiga kotak yang berkelas dengan ciri kemudahan seperti but besar dan Pengalaman Pengguna Mercedes-Benz yang revolusioner.
“Dua penambahan baharu kepada barisan pengeluaran tempatan kami adalah bukti komitmen kami untuk memperluaskan lagi kedudukan tempatan dan meningkatkan pelaburan dalam sektor automotif tempatan. Kedua-dua A-Class dan GLA adalah model kejayaan dan terlaris dan kami teruja untuk mengumumkan bahawa kedua-duanya kini dipasang secara tempatan di Pekan, Pahang. Kami percaya ini akan terus mengukuhkan tawaran tempatan langsung untuk kami tingkatkan lagi usaha menyediakan kejuruteraan Jerman premium dan mewah yang terbaik.” – Michael Jopp, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran, Kereta Penumpang Mercedes-Benz.
Dengan kehebatan reka bentuk aslinya, A-Class Sedan menggembirakan segala deria pada masa yang sama, dan dengan padanan lancar berserta reka bentuk Sensual Purity. Sedan A-Class baharu mempunyai perkadaran kereta sedan yang dinamik dan kompak dengan bahagian hadapan dan belakang yang pendek.
Bahagian dalaman Sedan A-Class baharu mengekalkan rupa modennya yang avant-garde. Mercedes-Benz telah mengambil pendekatan baharu, merevolusikan kelas kompak dari namun sensasi rasa luas yang terkini. Seni bina dalaman yang unik dibentuk khususnya oleh reka bentuk papan pemuka yang avant-garde. Lubang udara dalam pengudaraan turbin yang sporty adalah antara highlight buat kedua-dua varian kenderaan hebat ini.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Solekan Selalu Bercapuk? Mungkin Ini Salahnya!
Jun 04, 2026
Lagree Megapro Kini Di Eden Social Club
Jun 04, 2026
‘Kombucha vs Matcha’ Minuman Wellness Yang Sesuai Untuk Beri Tenaga
Jun 04, 2026
Siri Netflix Buat Tontonan Hujung Minggu Anda
Jun 04, 2026
Wanita Mengejar Cita – Ummi Nasir, Tyra Kamaruzzaman & Kim May Chee
Jun 03, 2026
Sediakan Popcorn Anda, Ini Filem Terbaru Bulan Jun 2026
Jun 03, 2026
GLAM Weddings: Dua Lipa & Callum Turner
Jun 03, 2026





