Mercedes-Benz A-Class Sedan, Mewah Pemasangan Dalam Negara
Mengukuhkan jejak tempatannya, Mercedes-Benz memperkenalkan kereta baharu yang lebih pintar, Mercedes-Benz A-Class Sedan kini dipasang secara tempatan.
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) menampilkan A-Class Sedan baharu yang dipasang dalam Negara, di Malaysia. Menetapkan piawaian dalam segmen automotif tempatan, Sedan A-Class baharu boleh didapati dalam dua varian iaitu Mercedes-Benz A 200 Progressive Line dan Mercedes-Benz A 250 AMG Line. Dan ini membuktikan Mercedes-Benz sekali lagi hadir dengan penampilan yang lebih canggih, sedan kompak ini menampilkan gaya sporty pada reka bentuk tiga kotak yang berkelas dengan ciri kemudahan seperti but besar dan Pengalaman Pengguna Mercedes-Benz yang revolusioner.
“Dua penambahan baharu kepada barisan pengeluaran tempatan kami adalah bukti komitmen kami untuk memperluaskan lagi kedudukan tempatan dan meningkatkan pelaburan dalam sektor automotif tempatan. Kedua-dua A-Class dan GLA adalah model kejayaan dan terlaris dan kami teruja untuk mengumumkan bahawa kedua-duanya kini dipasang secara tempatan di Pekan, Pahang. Kami percaya ini akan terus mengukuhkan tawaran tempatan langsung untuk kami tingkatkan lagi usaha menyediakan kejuruteraan Jerman premium dan mewah yang terbaik.” - Michael Jopp, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran, Kereta Penumpang Mercedes-Benz.
Dengan kehebatan reka bentuk aslinya, A-Class Sedan menggembirakan segala deria pada masa yang sama, dan dengan padanan lancar berserta reka bentuk Sensual Purity. Sedan A-Class baharu mempunyai perkadaran kereta sedan yang dinamik dan kompak dengan bahagian hadapan dan belakang yang pendek.
Bahagian dalaman Sedan A-Class baharu mengekalkan rupa modennya yang avant-garde. Mercedes-Benz telah mengambil pendekatan baharu, merevolusikan kelas kompak dari namun sensasi rasa luas yang terkini. Seni bina dalaman yang unik dibentuk khususnya oleh reka bentuk papan pemuka yang avant-garde. Lubang udara dalam pengudaraan turbin yang sporty adalah antara highlight buat kedua-dua varian kenderaan hebat ini.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Maison Francis Kurkdjian Kembalikan Koleksi My Very Intimate Perfumes
Jun 23, 2026
Mengintai Kehalusan Gaun Perkahwinan Chanel Dua Lipa
Jun 23, 2026
Koleksi Prada SS27 Menswear Mengolah Semula Asas Fesyen Lelaki
Jun 23, 2026
Pesona Yeji Bertemu Keanggunan Paris Dalam Kempen Roger Vivier
Jun 19, 2026
Bergaya Seperti Jennie Dengan Ray-Ban
Jun 19, 2026
Maison Valentino Himpunkan 3 Bintang Thailand Di Acara Rockstud Salon
Jun 19, 2026
Hijab Ikon: Bella Dally Memilih Ketenangan
Jun 19, 2026







