10 Filem Terhebat Lakonan Natalie Portman - Glam Malaysia
10 Filem Terhebat Lakonan Natalie Portman

10 Filem Terhebat Lakonan Natalie Portman

Natalie Portman dikenali sebagai salah seorang bintang paling versatil dalam dunia perfileman Hollywood.

Memulakan kerjaya seawal usia 12 tahun, dia mencipta nama sebagai pelakon menerusi filem aksi Léon: The Professional (1994). Selepas membintangi Star Wars: Episode 1 – The Phantom Menace pada 1999, dia melanjutkan pengajian dalam bidang psikologi dan menggeggam ijazah sarjana muda dari Universiti Harvard.

Sejak itu dia tidak menoleh ke belakang dan terus membintangi lebih banyak filem terkenal seperti The Other Boleyn Girl, Black Swan dan Thor.

Tonton 10 karya terbaik Natalie Portman pilihan Glam

 

10. Lucy In The Sky (2019)

Natalie Portman

Foto: Fox Searchlight

Turut dibintangi oleh: Jon Hamm, Pearl Amanda Dickson, Zazie Beetz

Filem drama psikologi yang diilhamkan daripada kehidupan angkasawan NASA, Lisa Nowak. Lucy Cola (Natalie) kembali ke Bumi daripada misi angkasa lepas pertamanya dan mula rasa terputus hubungan dengan kehidupan normal. Tanpa disangka, dia dipinggir daripada misi seterusnya dan membuat keputusan untuk membalas dendam.

 

9. Star Wars: The Phantom Menace (1999)

Foto: 20th Century Fox

Turut dibintangi oleh: Liam Neeson, Ewan McGregor, Keira Knightley

See also
Puteri Fazura, Fatima Dikurniakan Rantai Berlian Daripada Tengku Permaisuri Selangor

Natalie Portman yang masih remaja ketika itu diberi tanggungjawab menggalas watak Permaisuri Padmé Amidala dalam prekuel Star Wars. Bermula dengan karakter kuat dan bersemangat tinggi, Padmé kehilangan aspek dirinya dalam filem seterusnya, untuk memberi ruang kepada hubungannya yang membawa maut dengan Anakin Skywalker (Jake Lloyd).

 

8. Garden State (2004)

Natalie Portman

Foto: Fox Searchlight

Turut dibintangi oleh: Zach Braff, Ian Holm, Peter Sarsgaard, Jim Parson

Selepas bertahun-tahun, pelakon televisyen Andrew Largeman (Zach Braff) pulang ke kampung halaman untuk menghadiri pengebumian ibunya. Di sana dia terpaksa menempuh kembali kehidupan lamanya termasuk berhadapan dengan bapanya yang angkuh (Ian Holm). Andrew juga bertemu si penipu kompulsif dan pemuzik amatur bernama Sam (Natalie), sekali gus hubungan terjalin sekelip mata.

 

7. Heat (1995)

Foto: Warner Bros.

Turut dibintangi oleh: Robert De Niro, Al Pacino, Val Kilmer, Ashley Judd

Berkisar tentang perompak profesional, Neil McCauley (Robert De Niro) yang berharap dapat melakukan rompakan terakhir sebelum bersara. Bagaimanapun gerak-gerinya diawasi seorang detektif polis yang cuba menggagalkan rancangannya. Walaupun muncul hanya dalam beberapa babak sebagai anak tiri Al Pacino, Natalie memberi impak hebat dalam filem ini.

See also
Pesona Gaya Cannes 2015

 

6. May December (2023)

Foto: Netflix

Turut dibintangi oleh: Charles Melton, Julianne Moore, Piper Curda

Bintang televisyen, Elizabeth (Natalie) mempersiapkan dirinya untuk menggalas watak Gracie (Julianne Moore) yang terkenal dengan kisah percintaan berbeza usia. Kala Elizabeth mencari inspirasi, masa lalu mula menghantui dirinya dan perasaan yang telah lama berkubur muncul kembali.

 

5. Brothers (2009)

Foto: Lionsgate

Turut dibintangi oleh: Tobey Maguire, Jake Gyllenhaal, Bailee Madison

Dalam karya adaptasi filem Denmark ini, Natalie menggalas watak Grace Cahill, seorang wanita yang berduka atas kematian suaminya Kapten Sam Cahill (Tobey Maguire). Dia menemui ketenangan dalam diri abang Sam, Tommy (Jake Gyllenhaal) sehinggalah suaminya yang dianggap telah mati dalam perang tiba-tiba pulang.

 

4. Léon: The Professional (1994)

Foto: Gaumont

Turut dibintangi oleh: Jean Reno, Maiween, Gary Oldman

Natalie mencipta nama sebagai pelakon menerusi filem ini. Dia menggalas watak Mathilda, gadis berusia 12 tahun. Selepas kematian keluarganya, dia dijaga oleh Leon (Jean Reno). Tidak lama kemudian Mathilde direkrut sebagai protege dan mengambil alih ‘perniagaan’ Leon.

See also
The Devil Wears Prada: “Saya Depresi Disebabkan Watak Miranda Priestly” - Meryl Streep

 

3. Closer  (2004)

natalie portman closer

Foto: Columbia Pictures

Turut dibintangi oleh: Clive Owen, Judd Law, Julia Roberts

Dalam filem arahan Mike Nichols ini, Natalie memegang watak sebagai Jane Jones yang menggabungkan seks dan manipulasi untuk mendapatkan apa sahaja diingininya daripada mana-mana lelaki. Natalie menerima pencalonan Oscar untuk peranan ini.

 

2. Jackie (2016)

natalie portman Jackie

Foto: Fox Searchlight Pictures

Turut dibintangi oleh: Greta Gerwig, Peter Sarsgaard, Billy Crudup

Natalie turut tercalon dalam Oscar untuk filem ini. Dia memberi persembahan hebat sebagai wanita pertama Jacqueline Kennedy selepas kematian suaminya, John F. Kennedy akibat dibunuh.

 

1. Black Swan (2010)

Natalie Portman Black Swan

Foto: Fox Searchlight Pictures

Turut dibintangi oleh: Mila Kunis, Vincent Cassel, Winona Ryder

Aktres ini memenangi Oscar untuk peranannya dalam Black Swan. Ia berkisar tentang penari balet, Nina yang mendapat peluang memainkan watak White Swan, Princess Odette. Bagaimanapun dia naik gila apabila pengarah artistik Thomas (Vincent Cassel) memutuskan peranan itu lebih sesuai digalas oleh Lily (Mila Kunis).

 

Foto: Variety

Baca: 10 Filem Mesti Tonton Pada Musim Perayaan Ini